..

..

TERKINI !! ZAHID TAK BENARKAN ANAK PEREMPUANNYA TANDING PRK KAJANG

on Saturday, February 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta anak perempuannya, Nurul Hidayah untuk tidak untuk terlibat dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, selepas anaknya yang berusia 35 tahun itu menyatakan minat untuk bertanding.
"Dia benar-benar mengada - ngada lah! Dia tidak sepatutnya terlibat dalam politik," seloroh beliau.
Beliau berkata Nurul Hidayah merupakan ahli Umno di kawasannya di Bagan Datoh tetapi menetap di Kajang.
"Kalau macam itu saya rasa dia kena menukar alamat," kata Zahid ketawa.
Ahmad Zahid menambah jika Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding, kerusi DUN Kajang ditetapkan untuk MCA dan perlu dihormati.
"Jika kita membuat keputusan untuk meletakkan calon di sana, kita tidak akan memberi kemenangan mudah kepada Anwar. Kita tahu, secara logiknya, dengan majoriti 6,800 undi akan sukar untuk menang tetapi ia tidak mustahil jika orang Kajang memutuskan mereka mahu perubahan dalam wakil mereka," kata beliau.
Zahid berkata pilihan raya kecil itu akan menjadi peluang kepada parti pemerintah untuk menghantar mesej kepada kerajaan Selangor yang diterajui pembangkang dan mencadangkan bahawa calon itu akan memberi perhatian terhadap "pembangunan dan masalah sosial" di Kajang. "


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.