..

..

TERKINI ! TUN M DEDAHKAN PUNCA UTAMA ANWAR UNTUK GUGURKAN SHAFEE ABDULLAH

on Thursday, February 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan Kes Liwat II.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut.

"Sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa sebagai alasan.

"Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Mahathir menjelaskan,Anwar dilihat sengaja mencari pelbagai cara bagi menyingkirkan Shafee kerana kredibiliti peguam itu dalam membuktikan kesalahan yang telah beliau lakukan.

"Memang dia patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit.

"Dan dengan itu saya memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa," katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.

Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama hari ini.

Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.