..

..

TERKINI ! MENGAPA MALAYSIAKINI SIARKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT , AGAR ISLAM TERUS DI HINA ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi

on Friday, February 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa motif sebenar Malaysiakini siarkan teks khutbah Jumaat sebelum ia disampaikan ketika khutbah??  

Sebelum ini portal pembangkang ini telah memainkan isu khutbah Jumaat dengan mendakwa kandungannya  boleh mencetuskan ketegangan agama dan menyiarkan komen kritikan biadap pemimpin DAP .

Sebenarnya motif Malaysiakini mudah iaitu bukan Islam menghina  khutbah Jumaat di komen FB artikel mereka .  

Agak pelik sekali teks khutbah disiarkan lebih awal sebelum khutbah .  GPB harap KDN dan JPM bertindak menyekat perkara ini dari terus berlarutan  







Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.
“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpama Valentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.

Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.

“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.

“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”

Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Hari Kekasih diraikan di banyak negara di seluruh dunia pada 14 Februari (hari ini) setiap tahun.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.