..

..

TERKINI ! GUAN ENG BIKIN OPERA CINA, EDAR BIBLE CERITA TIPU & LEMPAR BABI KERJA JAHAT JATUH PR !!

on Tuesday, February 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


1- Bila GPB melihat kenyataan Ketua Menteri lidah bercabang bercakap tentang isu lempar daging babi di Masjid Cherok Tok Kun & isu edar bible kepada pelajar Melayu  , seperti dijangka beliau akan main wayang opera CINA .
2-  Isu lempar daging babi nampaknya  beliau terus mempolitikkannya  dengan  menuduh ini  kerja jahat pihak kononnya nak melemahkan kerajaan PR . Apa maksud Guan Eng  ia kerja kumpulan perosak yang didakwanya ada kaitan nak gugat kerajaan PR ??  
Apakah  dia nak  tuduh baling babi ini kerja orang Melayu ??   Memang BIADAP  pemimpin DAP ini kerana BABI adalah binatang haram bagi umat Islam . Malah tiada seorang  umat Islam pun yang tergamak nak pergi letak benda haram itu   di depan rumah Allah .  
Inilah game DAP yang jelas mahu melaga-lagakan umat Islam di negeri ini agar segala apa membabitkan provokasi agama tidak akan  berlaku penyatuan sesama  islam 
3.   Isu edar Bible dikalangan pelajar Melayu didakwa Guan Eng  tidak berlaku & tiada laporan polis adalah satu pembohongan besar oleh seorang Ketua Menteri .  Ternyata beliau cuba menutup isu ini dengan membela pihak Kristian walaupun terdapat bukti bergambar serta 7 laporan polis dibuat . KLIK DI SINI
4.   Kesimpulannya ,  umat Islam di negeri P.Pinang jangan terperdaya putar belit Guan Eng dalam isu provokasi agama & menghina Islam  yang begitu panas ketika ini . 
 Beliau memang terkenal sebagai pakar BATU API & BALING BATU SEMBUNYI TANGAN   memecahbelahkan umat Islam  tapi  dalam masa yang sama menuntut kalimah Allah digunakan Kristian . 



 . 
Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Georgetown, Pulau Pinang, lapor Sinar Harian.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.
Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis kalimah Allah yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman Allah dalam 366 bacaan dan renungan harian'.
“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah. MI 



Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 17.2.2014.
Mari Bersama Melawan Anasir Perosak Yang Mendalangi Penodaan Masjid Cheruk Tok Kun Di Bukit Mertajam Dengan Meraikan Keunikan Dan Perbezaan Kita Bagi Memelihara Keharmonian Sosial Dan Keamanan.
Kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa percaya bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai ini hanya boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan. Walau bagaimanapun, pendekatan terhadap keharmonian sosial dan keamanan telah dicabar secara berterusan oleh pelbagai insiden seperti bom api di sebuah gereja bulan lalu, bom api di balai polis awal bulan ini dan penodaan terbaru di masjid semalam, apabila daging dipercayai daging babi telah dibuang ke dalam kawasan masjid.
Jelas kumpulan perosak yang terlibat dalam penodaan terhadap tempat ibadat ini tidak berputus asa dalam usaha melemahkan dan menggugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. 
Walaupun kerajaan negeri akan berpegang teguh kepada mandat yang diberikan oleh rakyat melalui sokongan 68% undi popular dalam pilihan raya umum lalu, terdapat kebimbangan berasas bahawa kumpulan perosak ini tidak akan berhenti sehingga mereka mencapai tujuan mereka.
Laporan tidak berasas berkenaan tiga orang lelaki mengedarkan Bible dalam Bahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di luar sebuah sekolah di George Town yang telah disebarkan secara meluas, hanya menambah kepada ketidakpastian dan kekeliruan.
 Walaupun diterbitkan oleh akhbar, tidak ada laporan polis yang dibuat dan tiada sesiapa melihat kelibat tiga orang lelaki ini, supaya pihak polis boleh mengambil tindakan.




KENYATAAN PENGERUSI BPUNPP DATO ZAINAL ABIDIN OSMAN ISU LEMPAR DAGING BABI  DI MASJID  & EDAR BIBLE KEPADA PELAJAR SEKOLAH

 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.