..

..

Taib Mahmud umum lepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak , PRN dibuat lebih awal ??

on Saturday, February 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 TS Taib Mahmud akhirnya sah umum meletakkan jawatan sebabgai Ketua Menteri Sarawak seperti yang dijanjikan  selepas  PRN Sarawak pada 2011.

GPB masih lagi ingat semasa  PRN ,  dia ramal akan menang 35 kerusi dan keputusan tepat 35 menang .

Apakah perletakkan jawatan oleh Taib akan menyebabkan PRK Sarawak dibuat awal ??

- Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfie Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan Majlis Tertinggi parti dan kaukus sebulat suara menyerahkan kuasa kepada beliau untuk memilih dan menamakan calon pengganti pilihannya sendiri.

"Beliau diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu.

"Peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.