..

..

SYABAS POLIS , KERTAS SIASATAN UNTUK TERESA COCK DIBUKA @PdrMsia ,

on Tuesday, February 4, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Polis membuka kertas siasatan terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Kok kini disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.

"Kami sedang menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya kepada pemberita selepas seminar pencegahan jenayah Kampus Kor Suksis Universiti Malaya, di sini hari ini.
Kok yang juga naib pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.