..

..

RAKYAT TIDUR KAKI LIMA KOMTAR TAMPARAN HEBAT MISKIN SIFAR ALA GUAN ENG !! @dzainalabidin @NajibRazak

on Thursday, February 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jika anda pergi jam  12 malam di kaki lima KOMTAR ,  jangan terkejut melihat rakyat miskin tegar  negeri ini  merempat sehingga terpaksa tidur di situ .

 Disebalik jeritan  politikus utama kerajaan DAP iaitu Guan Eng yang sering menjaja bahawa  negeri P.Pinang ditadbirnya menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia , rupanya masih ada lagi rakyatnya yang susah & tiada tempat tinggal .

Miskin Sifar bukan senang nak dihapuskan dalam sekelip mata seperti dilaung-laungkan Guan Eng. Ia perlu perancangan yang mengambil masa yang panjang .

 Gambar di atas membuka pekung sebenar Guan Eng yang sebenarnya MENIPU RAKYAT tentang MISKIN SIFAR di negeri ini  .

 Gambar di atas juga   merupakan satu PENGHINAAN  RAKYAT MISKIN  terhadap Guan Eng yang hanya bercakap bohong kepada semua rakyat negeri bahawa tiada lagi miskin sejak ditadbir beliau .

Kesimpulannya ,  amalan CAT  kerajaan DAP hanyalah retorik dan pengumuman miskin sifar terbukti hanyalah palsu yang dihebahkan kepada rakyat .








kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan untuk tahun 2012 membuktikan keberkesanan dasar ‘Pro-Poor’ yang dilaksanakan Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membasmi kemiskinan sama sekali.
Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan.
“Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima.
“Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini, kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4 peratus dan 1.2 peratus masing-masing.
“Dengan (mencukupkan pendapatan isi rumah RM770 sebulan) ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar,” tegas beliau yang turut menyatakan bahawa sejumlah RM60 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program sosial dan kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun depan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.