..

..

RAFIZI LARI BILA NGO P.PINANG MINTA BANTUANNYA ISU ROBOH RUMAH DI P.PINANG

on Monday, February 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ceramah Tolak GST-Turun Harga Barang yang dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedong malam semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak 'menyerang' sebaik programnya berakhir.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Kumpulan NGO terbabit yang terdiri daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.

Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.

Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit. 

Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya. 

"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.

Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".

Bagaimanapun, suasana tegang yang berlaku hampir setengah jam itu akhirnya berjaya dileraikan polis - SH 


One Response

  1. Anonymous says:

    Memang sial pun anak didik anwar ni. Padan muka penang malays. Sombong sangat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.