..

..

PEMUDA UMNO BANTU 23 STAFF PKNS DIPECAT , PKR PULAK SIBUK KEMPEN PRK KAJANG !! @khairykj

on Thursday, February 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengadakan pertemuan dengan 23 pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Pengerusi Biro Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata pertemuan tersebut dilakukan atas dasar prihatin terhadap nasib kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu.

Dazma berkata pekerja PHSB yang menerima nasib malang itu meminta kerjasama Pemuda UMNO untuk membantu mendapatkan hak mereka.

Katanya, pekerja-pekerja PHSB yang dipecat itu kesal kerana mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebaliknya diberi notis dalam tempoh yang terlalu singkat.

"Tidak adil bagi mereka (23 kakitangan PHSB) yang dipecat dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang alasan yang kukuh dan tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

"Pihak pengurusan PHSB tidak sepatutnya membuat tindakan mengejut begitu, pekerja yang dipecat itu mempunyai keluarga yang perlu ditanggung," katanya kepada Astro AWANI.

Menjelas lanjut, Dazma berkata pihaknya kesal dengan sikap PHSB yang menamatkan khidmat kakitangan mereka tanpa alasan yang kukuh.




Kami Semua Bukan Binatang! – Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS


Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak 20 Kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesional di negeri itu.

 ” Siapa bertanggungjawab kepada kami? Adakah ini cara kamu melayan kami? ” Kita semua bukan binatang! kita manusia lagipun kami semua orang Islam. Itu syarikat-syarikat kafir pun tidak akan buat begini,” kata Dr Aliff dengan wajah yang amat kecewa dilaporkan mynewshub yang memetik sumber Malaysiakini.

 Beliau berkata demikian di hadapan media selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap PKNS. Semalam PHSB dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB – anak syarikat PKNS – menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

 Sementara itu, ketika dihubungi, bekas Ketua bahagian sumber manusia kumpulan PKNS, Rina Sarif yang turut ditamatkan kontrak berkata, 19 pekerja PHSB telah menerima notis semalam manakala baki 19 yang lain bakal menerima nasib sama tidak lama lagi.

Rina berkata kesemua mereka masih mempunyai kontrak antara enam bulan hingga dua tahun yang ditamatkan begitu sahaja. “Saya jadi HR (Sumber Manusia) selama 18 tahun. Mana ada kontrak yang ditamatkan macam ni. Ini bukan notis pemecatan (termination) 24 jam. Ini serta-merta.

“Kontrak sepatutnya jaga hidup (livelihood) pekerja. Mana ada kontrak begini,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ketika ditemui semalam menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan tersebut dan berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB. Sementara itu, Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara ‘kunta-kinte’.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

“Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun. “Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak,” katanya yang juga MP Kuala Langat. “Ini bukan negara ‘kunta-kinte’. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu,” kata beliau lagi di hadapan pejabat Kementerian Sumer Manusia hari ini.

 Sementara itu PKNS dalam kenyataan hari ini menafikan memecat sebaliknya hanya ‘memulangkan’ semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. Ia hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap.- AIDC


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Walau pun aku rasa mrk ni kbnyknnya pro pakatan tp sesama manusia, apatah lagi sesama Islam, patut dibantu bila berhadapan kesusahan.

  2. Anonymous says:

    Kesian...semoga Allah permudahkan urusan mereka2 yg teraniaya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.