..

..

PELANGGAN RESTORAN ANAK CHEF WAN PULAK COMPLAINT KUALITI CHAR KOEY TEOW !!

on Sunday, February 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Benda ini bukan isu besar pun. Setakat seorang dua ‘complaint’ (merungut), tak jadi kudis pun sebab (pelanggan) yang lain ok saja,” tegas pelakon dan usahawan, Serina Datuk Redzuawan menjawab dakwaan beberapa pembaca Harian Metro yang kecewa dengan kualiti operasi perniagaan restorannya, Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara dekat sini.
Beberapa pembaca yang berkunjung ke restoran itu baru-baru ini mendakwa terpedaya dan terkilan dengan kualiti makanan, servis dan reka hiasnya yang disifatkan indah khabar daripada rupa
Serina, 31, yang dihubungi semalam berkata, dakwaan yang ditimbulkan sebahagian kecil pelanggan mengenai operasi restoran terbabit bukan perkara besar yang perlu dijadikan isu. 

“Itu pandangan masing-masing. Secara peribadi, saya tak kisah pun. Orang boleh reka dan cerita macam-macam. “Cuma saya tak mahu sebab benda remeh-temeh begini ditekankan, papa (Che Wan) akan marah pula nanti sebab ia mengganggu reputasi saya dan bisnes. “Biasalah dalam berniaga, ada saja orang nak jatuhkan kita, jadi biar Tuhan saja balas,” katanya.



**Dulu  bapaknya Chef Wan mencipta kontroversi complaint nasi lemak dalam kapal terbang MAS , sekarang ini pulang  ia kembali  bisnes anaknya yang berniaga Char Koey Teow .

Bila kita buat  naya  kat orang sekarang sekarang kena kepada anak sendiri .

Nak sedap Char Koey Teow mai makan di Penang je ...di Kg Pelet , Prmtg Pauh , Sg Dua memang marvellous . Makan di KL tak sama dengan original dari Penang , hanya indah khabar dari rupa ...





6 Responses

  1. Anonymous says:

    tak baik kau cakap mcm tu...brape ramai org melayu yg pakar dlm bidang masakan & profesional dlm bidang ni? patutnye bila org pakar bg nasihat kita kena terima dgn hati terbuka dan pandang nasihat itu sebagai satu yg positif. belajar dari kesilapan. kalau kita bersikap tak boleh terima teguran sampai bila2 kita takkan maju.

  2. Anonymous says:

    PAK LONG KEPALA BATAS SAID:
    Meniage char kue tiau....untung nya 3 kali ganda...tu pasal ramai berebut rebut jual char kue tiau ! untung banyak !!

  3. Anonymous says:

    Harap janganlah kita menjadi Melayu yang menjatuhkan Melayu. Ingat ye kalau satu-satu bangsa tu naik, orang lain yang sebangsa dengannya pun sebenarnya turut tumpang senang secara tak langsung.

    Tengok je bangsa cina. Kalau berniaga sebelah menyebelah tak ada pun gaduh-gaduh. Kalau kita pergi satu kedai cina tapi barang yang nak dibeli tu tak ada, towkey tu akan cadangkan kita pergi ke kedai cina lain yang ada benda yang sama. Satu bangsa cina naik, sume akan ikut naik. Mereka naik BERSAMA-SAMA.

    Jadi pada bangsa Melayu janganlah berhati busuk. Kalau asyik jatuh-menjatuhakan bila bangsa kita nak naik? Bangsa lain sume dah berderet-deret kedainya, penuh satu bandar tapi yang kita ni, baru ada satu kedai Melayu dah sibuk nak BUNUH periuk nasinya. Patutnya kita beri SOKONGAN dan DORONGAN kepada bangsa sendiri. Kita patut bangga dengan orang kita. Fikirlah dalam-dalam.

  4. Kamarul says:

    oooo... serina punya ke.. saya pernah try makan kat situ.. first impression, memang ingat meletop.. but, lepas makan, so-so la.. nak kata teruk sangat pun, tak jugak.. nak kata best giler pun, tak jugak.. anyway, kalau serina boleh improvekan, lagi bagus.. semoga semakin maju..

    tapi, sebagai seorang selebriti dan juga businesswoman, maybe serina patut jawab kritikan dengan lebih berhemah kot.. cara jawab "tak jadi kudis" tu, macam tak berapa enak la, pada pandangan saya.. mungkin lebih elok kalau serina jawab "terima kasih atas kritikan.. saya cuba perbaiki kelemahan.."..

    anyway, selamat maju jaya pada restoran tersebut..

  5. Anonymous says:

    Bahasa yang molek itu juga satu pelaburan. Tak rugi kalau berbudi bahasa. Ingat tu Serina. Makanan sedap di mulut. Bahasa jangan sedap mulut.

  6. Anonymous says:

    jawapan yang ego bunyinya ,macam bapak nya jugak keluar komen memalukan orang , hanya orang yang takda perasaan hormat dan malu saja yang sanggup memalukan orang lain

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.