..

..

MELAYU PERLU MELUTUT SEMBAH BARU KERAJAAN DAP & GUAN ENG PEDULI MASALAH @dzainalabidin

on Saturday, February 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Beginilah nasib orang MELAYU P.Pinang   bila terpaksa menebal muka melutut SEMBAH Tokong DAP iaitu Guan Eng ketika demontrasi membantah kenaikan harga rumah kos sederhana Pangsapuri Centrio Avenue  yang dibeli daripada pemaju .

Sebelum ini mereka telah bersuara termasuk di media cetak tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan DAP . Ekoran daripada itu ,  kelmarin  mereka telah nekad  berkumpul bagi menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri campur tangan menyelesaikan masalah mereka dengan pemaju perumahan tersebut.

 Mereka tidak berpuas hati kerana merasakan diri mereka telah ditipu. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka ialah RM72,500. Tetapi apabila surat tawaran yang diterima itu bukannya menawarkan rumah berharga RM72,500 tetapi RM165,500 !



Bila rakyat terpaksa berdemo dan meluahkan perasaan marah mereka , baru lah Exco Kerajaan DAP bertindak dan itu pun dengan jawapan RETORIK & tiada jaminan  !!

Berapa kali agaknya  penjelasan yang kerajaan DAP perlukan ?

Ini kerana Exco itu mengaku mereka telah berjumpa 2 kali pertemuan dengan pemaju . Jika sudah 2 kali pertemuan perbincangan  dibuat  , mengapa rakyat masih lagi dikehendaki membayar RM 165,500 ??

Adakah ini membuktikan kerajaan DAP sendiri gagal membantu rakyat yang ditipu pemaju dalam pembelian rumah ??   Polisi dibuat kerajaan negeri dan mengapa mereka takut nak menggunakan dan bertindak ke atas pemaju yang menganiayai pembeli rumah ??



Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab  
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.  
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri. 
“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini. 
“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.  
“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pagi tadi di sini.  
Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.  
Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.. 



2 Responses

  1. Anonymous says:

    lantak korang la

  2. Anonymous says:

    Melayu ini jikalau seorang yg beragama islam,minta dia baca surah al Fatiha dan faham isi kandunganya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.