..

..

KONSPIRASI PKNS PECAT 30 KAKITANGAN AGENDA BALAS DENDAM PASAL PRK KAJANG ??

on Wednesday, February 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Agak mengejutkan bila pengurusan PHSB anak syarikat PKNS hari ini  memecat 30 staff tanpa sebarang sebab yang hanya diberi notis 24 jam . 

Nampak pelik juga kan diketika panas isu PRK Kajang yang Anwar dok gila nak bertanding , tiba-tiba PKNS buat kejutan pecat staff . 

Dikalangan circle PKR , mereka melihat ia sebagai politik balas dendam daripada geng MB Selangor terhadap apa yang dibuat oleh Anwar dan konco2 yang merancang PRK Kajang .

Kesimpulannya ...mereka rakus  bergaduh hanya nak berebut KUASA , tetapi yang menjadi mangsa ialah RAKYAT  iaitu di Kajang & kakitangan anak syarikat PKNS .

Syabas rakyat Selangor kerana memilih PKR ( parti kangkung rakyat ) berkuasa....



 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) hari ini memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.
   
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
   
Wakil pekerja terbabit, Dr Alif Aiman berkata mereka berasa amat terkejut dengan pemecatan itu berikutan tiada sebarang perbincangan diadakan sebelum ini dan menganggap pemberhentian serta-merta itu menganiaya mereka.
   
"Kejutan yang kami terima semasa hadir bekerja hari ini ibarat penganiayaan malah tiada alasan kukuh. Pemberhentian ini betul-betul menyusahkan kami yang rata-rata pencari nafkah utama keluarga.
   
"Apa yang kami amat kesalkan adalah sehingga saat ini, kami semua masih tidak tahu mengapa kami diberhentikan sedangkan kami tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap syarikat malah kami sanggup berkorban masa dan tenaga demi membangunkan PHSB," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Alif, yang juga merupakan Pengurus Kanan Pemasaran PKNS, berkata menerusi surat berkenaan mereka hanya dimaklumkan mengenai pemberhentian dibuat selaras dengan perubahan dan hala tuju PKNS dalam menyusun semula organisasi dan sumber manusia termasuk PHSB.
   
Katanya, alasan pihak pengurusan syarikat itu dilihat tidak dinyatakan secara terperinci terutamanya proses penyusunan semula itu sedangkan prestasi PKNS berada dalam kedudukan yang baik malah mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit.
   
"Apa salah kami sehingga diberhentikan serta-merta dan jika ada salah, mengapa tidak diberikan surat tunjuk sebab ataupun adakan siasatan dalaman. Jika kami hilang punca pendapatan begini, bagaimana pula nasib keluarga yang kami tanggung.
   
"Antara objektif kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat dan kami bekerja keras membantu PKNS menjana pendapatan demi bantu rakyat lain, tapi ini balasan yang PKNS bagi pada kami dan adakah ini negeri berkebajikan yang dicanang kerajaan Selangor," katanya.
   
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan pemecatan itu dan berharap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dapat menyatakan sebab pemecatan dan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. - Bernama


One Response

  1. Parpu Iseng says:

    Akan ada lagi kakitangan Jabatan lain yang akan dipecat dalam masa terdekat ini. Alasannya VERY VERY SIMPLE. Kalau dah elaun Adun dinaikkan 270%, kamu fikir darimana duit mau korek untuk bayar gaji-gaji tersebut, gaji speaker sahaja dah mencanak mengalahkan gaji PM, atau elaun TMJ.

    Ini baru bulan pertama, bulan 6 nanti separuh daripada 20000 kakitangan kerajaaan negeri akan dilupuskan, untuk menampung elaun 20 lebih exco negeri PR Selangor. Jangan terlampau sedih jika 99% yang digugurkan sebagai korban adalah anak-anak jawa, sebab kamu bukan berdarah sinkiang atau Kleingga. Orang Jawa sanggup berkorban demi negeri dan kerajaan pilihan tercinta.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.