..

..

KHUTBAH JUMAAT : SIAPA KIT SIANG UNTUK MEMPERTIKAI HAL AGAMA ISLAM !

on Friday, February 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




 Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) memberi amaran kepada mana-mana pihak terutamanya pemimpin yang bukan beragama Islam supaya tidak lagi bermain dengan sentimen perkauman dan agama melainkan bersedia berada dalam situasi bahaya.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata isu-isu sensitif itu berupaya menghancurkan keharmonian dan perpaduan yang dinikmati selama ini.

"Saya memberi amaran terutamanya kepada pemimpin bukan Islam, jangan sentuh hal agama. Nanti orang Melayu bangkit, dan tertekan serta sampai ke tahap sebegini, masa bangkit nanti situasi akan berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media bersama Jawatankuasa Tertinggi MJMM di sini semalam.

Jelas Abdul Rani, tindakan Lim Kit Siang selaku veteran politik dan Penasihat DAP ketika mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat beberapa hari lepas tidak sewajarnya dicetuskan.

"Kit Siang bukan setakat pertikai khutbah Jumaat tetapi juga mempertikaikan secara langsung Surah Al Baqarah ayat 120. Siapa Kit Siang yang hendak mempertikaikan hal-hal agama Islam? 


Ini sudah melampau, mengusik agama Islam kerana hendak dijadikan isu politik," tegas beliau yang turut meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan setimpal ke atas Kit Siang yang juga merupakan bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Baru-baru ini Kit Siang didakwa berkata khutbah Jumaat dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama dalam negara.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik kenyataan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyatakan bahawa pihak tertentu dilihat cuba menilai kandungan khutbah dari sudut bertentangan dengan mesej yang cuba disampaikan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Shukri juga menegaskan khutbah itu perlu dinilai menyeliputi keseluruhan kandungannya dan bukan dengan hanya mengambil satu topik sahaja yang kemudiannya dimanipulasi untuk kepentingan politik. 


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Selagi ada melayu yang menyokong DAP maka selagi itu mereka akan berterusan menyakiti hati orang melayu. DAP tidak akan ambil peduli kepada melayu sebabnya mereka mempuyai rakan melayu dalam PAS untuk bersama mereka. PAS melayu tidak mengangap melayu UMNO sebagai suadara , malah mereka sangup terima bangali dan cina laknak DAP sebagai saudara yang konon nya menyokong perjuangan islam ala PAS.

  2. Veteran Vietnam says:

    Komander gemuk pakai uniform kenalah buat kerja menjaga Negara dari musuh diluar bukan masuk politik.

  3. Anonymous says:

    Ingat kalau pakai topi askar dan pingat boleh jadi GI Amerika, bekas Veteran Vietnam

  4. doraemon says:

    kenapa ngo2 melayu ni suka sgt pakai baju unipom yg hodoh tu. kemudian buat report polis beratus2 kali, kemudian panggil wartawan, buat gempak, tp habuk pun tarak.
    dan takde ke ketua yg lebih hensem dan menarik?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.