..

..

KERAJAAN DAP & PEMAJU DIKECAM PEMBELI RUMAH KERANA TIPU HARGA !! @dzainalabidin @reezalmerican

on Friday, February 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




seramai 25 pembeli rumah Taman Centrio Avenue, Jalan Bukit Gambir di sini yang mendapati diri mereka tertipu dengan harga rumah yang dibeli telah melancarkan bantahan di Pintu Masuk Utama MPPP, Tingkat 3 Komtar.
Salah seorang daripada pembeli terlibat merasakan diri mereka ditindas serta ditipu apabila rumah yang mereka beli pada asalnya ditawarkan dengan harga RM72,000.00 tiba-tiba dinaikkan harganya pada kadar RM160,000.00 tanpa alasan munasabah. 

Para pembeli yang berang berhubung perkara ini turut mengecam Kerajaan Negeri pimpinan Tokong Guan yang sepatutnya bertindak menghentikan perbuatan rakus dan tamak pihak pemaju tetapi sebaliknya hanya mendiamkan diri tanpa melakukan sesuatu untuk membantu rakyat. Malahan sikap Kerajaan Negeri itu juga dilihat seolah-olah mahu menipu serta menjual harta milik rakyat.

Mereka turut mempamirkan beberapa poster dan plakad yang rata-rata mengecam pihak pemaju serta Kerajaan Negeri berhubung isu itu.


Dalam himpunan pagi ini, Jamaliah Abd Rahman yang mewakili pembeli terlibat telah menyerahkan surat aduan serta bantahan berhubung kenaikan kos harga rumah kos sederhana rendah Taman Centrio Avenue kepada Marziah Mohd Mukhtar, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Tokong Guan.

Adapun projek berkenaan dimajukan oleh Syarikat Nuwata Sdn Bhd sebuah anak syarikat Kumpulan Boon Siew manakala kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakannya ialah Boon Soon Sdn Bhd.

Begitulah saban hari ada-ada saja nasib malang yang menimpa sebilangan rakyat Pulau Pinang tanpa pembelaan Kerajaan Tokong Guan, namun begitu masih ada kalangan yang terus mendewa-dewakan pemimpin lidah bercabang itu. SUMBER 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.