..

..

KARPAL DIDAPATI BERSALAH HINA SULTAN PERAK , PRK TERBARU SELEPAS #KAJANG

on Friday, February 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Tak lama PRK Bukit Gelugor bakar menjelma selepas Kajang jika Karpal gagal dalam rayuannya kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina Sultan Perak di bawah Akta Hasutan .






 Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan  mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.


Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di JalanPudu Lama pada 6 Februari 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Azman dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan, berkata mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal Singh yang mengambil masa selama tujuh hari, dan seorang lagi saksi pembelaan, tetapi keterangan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Sebaik sahaja keputusan hari ini, Karpal Singh memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada prosiding hari ini, selain semua anggota keluarga, para pemimpin utama Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh, yang juga merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor.

Pihak pendakwaan hari ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. - Bernama


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Ish...ish...ish....Karpal jugak yang kena. Si bapak dan anak komunis tu pandai tai chi isu-isu yang boleh kena saman kepada orang lain. Anak-anak Karpal tak kan ler tak faham. Lepas nie kes rayuan liwat anuar kena tangguh sehingga Karpal keluar jail kot, maybe 5 tahun. Kalau Karpal padam, kena tangguh kes anuar forever la kot? huhuhu....

  2. Anonymous says:

    Nampaknya, terpaksa lah Ambiga ambil alih tugas Karpal dalam membela Anwar untuk kes Liwat 11 ini. Jangan pula nanti nak di tangguh sampai Karpal keluar penjara baru nak mula kes kat mahkamah.

  3. Anonymous says:

    Tabik Karpal, you are real gentlemen lawyer , kerana terima keputusan mahkamah ,

  4. Anonymous says:

    Tahniah pada Hakim yg telah melaksanakan tugas dgn penuh bertanggung jawab dan menjatuhkan hukuman bersalah dgn penuh bijaksana dan adil.

  5. Anonymous says:

    kalau dapat penjarakan singh ni, amatlah bagusnya. sekurang2nya satu tangan penjahat demokrasi dan kena ikat. tinggal satu lagi yg dok gaduh nak jadi adun kajang. eloknya kasi dua2 mangkok ni lepak 'dalam' 2 tahun. walaupun tak lama, rasa aman dan nyaman sikit suhu bumi malaysia ni daripada dipanaskan oleh makhluk 2 ekor tu. soalnya, mampukah sistem kehakiman kita bebas daripada dimanipulasi oleh singh? 'i'm no 1, huh!'. bukan penjara, entah2 dendapun tak lekat......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.