..

..

JIKA KADAR TOL JAMBATAN KEDUA MAHAL , KENDERAAN AKAN KURANG !

on Wednesday, February 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


GPB bersetuju dengan pandangan JKSB yang propose kepada LLM iaitu kadar tol RM7 sahaja dikenakan di Jambatan Kedua supaya sama kadarnya dengan Jambatan P.Pinang. 
Ini kerana kalau harganya lebih mahal daripada RM7 ,  pengguna kebanyakkannya akan terus menggunakan Jambatan P.Pinang kerana ia lebih dekat dah harga murah berbanding Jambatan Kedua. 
Kita tunggu keputusan rasmi kadar harganya   daripada PM yang akan merasmikan Jambatan terpanjang di Asia Tengggara pada 1 Mac 2014 ini nanti .  Harap kerajaan pertimbangkan kadar tol jambatan ini agar ia sama dengan jambatan P.Pinang. 

Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
"Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, Rabu.
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.
Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.