..

..

E.COLI : TIDAK TUTUP PANTAI BUKTI KERAJAAN DAP SANGGUP PERJUDIKAN NYAWA RAKYAT @dzainalabidin @NajibRazak

on Wednesday, February 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bila kerajaan DAP enggan menutup sementara pantai Batu Feringgi   kepada pengunjung  dan menyatakan ia masih selamat terus menimbulkan tanda tanya . Adakah pantai ini masih selamat ??  Jika terjadi apa-apa kepada pelancong dan rakyat , Guan Eng lah individu yang pertama wajib dipertanggungjawabkan kerana berkeras tidak menutup pantai berkenaan . 

JAS menyatakan tugas mereka hanya test sample air dan arahan tutup pantai  adalah kuasa kerajaan Negeri.klik di sini 

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga mencadangkan kawasan pantai Batu Ferringhi yang airnya dikhuatiri tercemar dengan elemen bakteria e-coli .KLIK DISINI

Kesimpulannya ,  mungkin tak ada lagi pelancong dan rakyat   yang mati dan sakit akibat daripada E.Coli membuatkan   Guan Eng tak peduli isu pencemaran ini sebaliknya hanya tahu menyalahkan pihak lain . 



Wanita Umno Pulau Pinang hari ini menyifatkan kerajaan negeri sebagai tidak cekap dan efisien dalam menangani masalah pencemaran air di sungai dan laut di Pantai Batu Ferringhi.


Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan negeri pimpinan DAP seharusnya bertindak pantas dengan menutup kawasan pantai untuk kerja pembersihan.

"Apa yang kerajaan negeri buat hanya menyalahkan pihak-pihak tertentu. Kalau mereka memikirkan mengenai keselamatan masyarakat, mereka kena tutup untuk proses pembersihan.

“Selepas memastikan kawasan itu selamat barulah boleh benarkan orang ramai berkunjung ke situ.

"Bagi saya tindakan kerajaan negeri lembab dan tidak cepat sebagaimana slogan mereka 'Penang Cleaner, Greener' yang dilaung-laungkan sebelum ini... tetapi (mereka) tidak melaksanakan tindakan sebagaimana yang diperkatakan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disaran sesetengah pihak.

Keputusan itu katanya berdasarkan hasil analisis kimia Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.

Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria E.coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

Norliza berkata walaupun kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua, kerajaan negeri perlu menutup kawasan itu sehingga ia benar-benar bersih dan selamat untuk aktiviti air.

"Demi keselamatan rakyat kena tutup. E.coli ni mengikut pergerakan laut, ada kalanya tahapnya tinggi dan ada kalanya rendah. Tetapi bakteria itu tetap ada. Bagi saya bila kita membincangkan keselamatan rakyat 'there is no negotiation'," tegasnya.

Terdahulu, Norliza mengetuai kira-kira 50 anggota Wanita Umno dari 13 bahagian di negeri ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video yang mempersendakan pelbagai perkara sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Norliza berkata sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang politik, Kok sepatutnya lebih profesional dalam membangkitkan sesuatu isu selain tidak memperlekehkan pemimpin dan kerajaan Malaysia


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.