..

..

DULU ANCAM BOIKOT SEKARANG , PAS U TURN BANTU KEMPEN ANWAR PRK KAJANG ..

on Wednesday, February 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Sudah terjawab ...akhirnya   PAS membuktikan mereka  seperti anjing menyalak bukit sahaja dalam PRK Kajang yang dirancang PKR apabila akan bantu Anwar dalam kempen pilihanraya berkenaan . 

Ini kerana pada awalnya mereka membantah tindakan PKR yang mempermainkan pilihanraya dengan ancaman boikot kempen di Kajang tetapi akhir sekali  terpaksa menurut juga perintah daripada Anwar turun bantu  .  KLIK DI SINI

Keputusan PAS pusat ini sudah tentu dipengaruhi oleh kumpulan Erdogan2 yang menjadi barua Anwar dalam parti itu .



Pas membuat keputusan akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil kawasan itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, bantuan yang diberikan oleh Pas adalah atas semangat kerjasama dalam pakatan pembangkang dan ia tidak kaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, perkara itu dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas di Pejabat Agung Pas, di sini semalam.

''Pas Pusat dan Pas Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya.

''Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas pusat Dr. Mohd. Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya Pas dalam pilihan raya kecil tersebut,'' katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Teloq da kene picit dek abg non la tue! Tu lah pkai spender besaq lagi! teloq tesentil keluaq dipicit org!hahaha

  2. Anonymous says:

    dah agak dah......!!!! hina nya PAS, hanya kerana keuntungan dunia yg sedikit......

  3. Anonymous says:

    perkara yang sudah dijangka. PAS lidah bercabang

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.