..

..

BAKAR BIBLE : TAHAP KESABARAN MELAYU ADA BATASNYA , GUAN ENG AKAN DISAMAN RAHMAN DAHALAN @NajibRazak

on Tuesday, February 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Laman sosial Twitter menjadi panas malam ini apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya.

Tuduhan dan putarbelit Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court".

Nampak gaya buku sudah bertemu dengan ruas. Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya.


Seperti biasa DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata Rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Sekarang giliran Lim Guan Eng sudah tiba. Adalah diharapkan Datuk Rahman Dahlan bertegas membawa Setiausaha Agung DAP itu ke mahkamah seterusnya

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan :


Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang.
Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kami bersetuju agar tindakan saman diterus segera.LGE memang busuk hati.Sekarang sudah kena buku dengan ruas. Teruskan Dato..kami doakan Dato brjaya sepenuhnye.Amiin.

  2. Anonymous says:

    Kami sokong. Semoga berjaya. Tiada kemaafan. Dah muak dgn minta maaf dari golongan ini..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.