..

..

ASAL KONSERT PAS HENTAM MUHKRIZ , PROGRAM KEAGAMAAN INI KENAPA TAK PUJI ??

on Saturday, February 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






PAS hari ini begitu lantang  menghentam kerajaan BN & MB Kedah ekoran satu konsert diadakan lokasi persendirian iaitu  di The Carnival oleh syarikat pemaju hartanah . Malah mereka juga telah mengutip 5000 tandatangan bantahan penduduk sekitar.

Tuduhan PAS ini seolah-olah MB Kedah hanya  mementingkan hiburan dan meminggirkan program keagamaan dan tidak benar sama sekali. Hari ini dibuktikan bila kerajaan negeri menganjurkan Malam Cinta Rasul Kedah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW di Stadium DarulAman dihadiri 40,000 orang .


Tahniah MB Kedah ...teruskan aktiviti keagamaan seperti ini..

Yang kerajaan BN Kedah   buat program keagamaan mereka tak nampak ....











Kerajaan negeri digesa menarik balik permit penganjuran "Konsert Festival Muzik Planet Eupe" di Taman Air Carnival Eupe, Sungai Petani pada 1 Mac ini anjuran sebuah syarikat pemaju hartanah.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, sumber hiburan yang ada di negeri ini sudah lebih dari mencukupi untuk memenuhi kehendak masyarakat pelbagai bangsa.
     
Oleh itu, tidak perlu lagi membawa masuk hiburan dari luar seperti K-pop kerana boleh memberi kesan buruk kepada rakyat setempat.

Menurutnya, hiburan keterlaluan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kerana budaya hidup rakyat di negeri ini lebih mengutamakan kesederhanaan berbanding di bandar besar.


"Sepatutnya penganjur tidak buat festival muzik secara besar-besaran seperti itu di negeri ini kerana perlu menghormati sensitiviti agama, masyarakat dan budaya kita. Namun masih belum terlambat jika permit yang dikeluarkan ditarik semula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau dah tak sesuai janganj layan. Kenapa ketika kalimah Allah dipermainkan puak Kristian, mereka ini diam diri. Biarkan pihak UMNO dan NGO yang pertahankan. Ustaz-ustaz ni takut pada manusia bukan Allah.

    Inilah ustaz munafik akhir zaman.

    Kononnya menggangu kententeraman. Kententeraman sudah lama diganggu semenjak PAS dan ustaz-ustaz hipokrit ini bersekongkol dengan pemimpin munafik dan kafir laknatullah.

    Kenapa tidak buat sembahyang hajat katika kalimah Allah dihina. Kerana puak-puak ini lebih mementingkan DAP dan PKR takut teloq mereka kena jentik.

    Kenapa 5000 tanda tangan itu tak hantar kepada Paderi Lawrence yang terang-terang mencabul kalimah Allah.

    Kenapa ada dwi standard dalam pekara ini.

    Mudah saja kebetulan pengajuran konsert itu dekat surau ustaz kalut ni sebab tulah di melompat sangat.

    Sebagai orang Islam tak payah pi jangan subahat. Kalimah Allah lagi penting.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.