..

..

TUDIA !! PAS AKHIRNYA MENGAKU HANYA PARTI TUPPER WARE DI SELANGOR !!

on Wednesday, January 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.



“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.

PAS, parti tupperware?

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya

Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya. ~fmt







3 Responses

  1. Anonymous says:

    Dgn Pas tak perlu bincang apa-apa,Anwar dah sure Hj Hadi akan angguk apa saja yg di putuskan oleh Anwar,sedangkan soal nama Allah pun Hadi angguk inikan pula perkara duniawi macam soal PRK Kajang ni.Pas tak usahlah berlakun konon nak tunjuk ada hak perlu di hurmati ke apa,kerana pemimpin Pas bukan orang yg pandai buat keputusan sendiri,dulu mereka ambil ayat al Quraan dan hadith nabi sebagai panduan buat keputusan,tapi itu pun tunggang terbalik tafsirannya ,ikut nafsu jajni memihak kepada Pas.Sekarang ayat Quraan dan hadith nabi itu sudah hilang dari menjadi pedoman Pas utk membuat keputusan,keadaan jadi lebih haru biru,kerana mereka mengambil 'sunnah' al Jubori dan Umar Ab. Aziz yg tak sunat dan paling zuhud dgn merc.S320,sebagai panduan.

  2. Anonymous says:

    aik....baru nk sedar?....hahaha...tu la dia....asyik sibuk mengata org....sibuk kata org lain tu anjing le....dan mcm2 gelaran....smpi diri ditupperwarekn lama dh..xsedar2 lgi. Insaf2 le bang lebai. Cara perjalanan PAS skrg ni perlu disemak semula.. Perbetulkn apa yg x betul. Niat perjuangan betul...tpi cara nk capai tu sebhg x betul. Cmne nk dpt rahmat dan bantuan. Buat solat ramai2 kt stadium...pastu doa kehancuran org lain yg sesama islam. Islam jenis apa aku x faham. Owh..mungkin islam sunni tpi pemikiran ala2 syiah. Hurmm...cmtu le kot.

  3. Anonymous says:

    Semua penduduk Kajang mesti bertindak dengan tidak menyokong calon PKR si Nuar ni kerana mereka telah ditipu hidup2 olih calon PKR yang meletak jawatan.Mereka harus kembali memberikan sokongan kepada BN yang banyak berjasa kepada Negara.Mereka harus sedar bahawa mereka telah dipermainkan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.