..

..

TERKINI ! UMNO PERMATANG PAUH BONGKAR SIAPA ANWAR DI PRK KAJANG !! @BenBakarKP @dzainalabidin

on Thursday, January 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Kenyataan Media

UMNO Bahagian Permatang Pauh

"Pengumuman Anwar Sebagai Calon N25 Kajang"

Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya.

Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amat serius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau.Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif.Inilah Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini.Seluruh masyarakat Permatanag Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi.

Pencapaian beliau amat teruk sekali.Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.

Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya.Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui.

Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya 'dimana Anwar?' ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana.Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau.Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu.

Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung.Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang.

Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama.

Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini.

Sekian

Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
30 Januari 2014




5 Responses

  1. Anonymous says:

    Dok komplain Anuar tak jalankan tanggong jawab. Kecewakan pengundi Permatang Pauh dll. Hakikatnya Anuar menang.
    Majoriti pengundi2 P Pauh dsh buat keputusan. Nak komplain apa pulak.
    They have to live with it.
    Same case if PR were to win in Kajang.
    Jangan bisa dok komplain.

  2. Anonymous says:

    Aku setuju sangat dengan kenyataan Zaidi. Untuk makluman Zaidi ni baru saja mengjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh. Biasa la ketua baru, maka akan ada banyak kenyataan media. Mengenai dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Anuar mengabaikan tanggungjawap selaku Ahli Parlimen memang ada tepatnya. Namun itu semua tidak pernah mengusar Anuar kerana Anuar tahu akan kebolehan dan kekuatan serta kelemahan UMNO Permatang Pauh. Bagi Anuar UMNO Permatang Pauh tidak akan memberi apa2 kudis baginya untuk mempertahankan parlimen Permatang Pauh. Ini kerana UMNO Permatang Pauh tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkelibar untuk jangkamasa ini. Tengok saja apa yang UMNO Permatang Pauh lakukan kepada calon BN semasa PRU yang lepas iaitu Dr Mazlan. Dr Mazlan dipaksa untuk bertanding oleh pucuk pemimpinan UMNO Pusat tetapi tidak direstui oleh pemimpin bahagian. Dr Mazlan telah berkorban segala gala demi untuk UMNO Permatang Pauh. Dr Mazlan juga boleh diketegorikan sebagai seorang yang tidak mempunyai sebarang masalah baik dari segi peribadi maupun dalam politik. Orang seperti Dr mazlan seharusnya diberi tempat oleh UMNO Bahagian. Tapi sayang Zaidi dan mereka yang lama dalam UMNO Permatang Pauh membunuh karier politik Dr Mazlan dengan tidak memberi apa2 tempat dalam bahagian. Itu la UMNO. Orang seperti Dr Mazlan yang pandai jujur amanah dan tiada kepentingan peribadi tidak akan boleh memegang jawatan dalam UMNO.

  3. Anonymous says:

    NAK DEDAH APA LAGI UMNO PERMATANG PAUH INI? SATU DUNIA DAH TAHU KARPAL DEDAH DIMAHKAMAH BAHAWA LIWATITU MEMANG BERLAKU TETAPI ATAS DASARSUKA SAMA SUKA. HAKIM PULAK KATA TEKNIKAL ERROR...SEKIRANYA YANG MENJADI MANGSA ANAK HAKIM ITULAH SENDIRI, SUDAH TENTU HUKUMAN AKAN DILAKSANAKAN. SEPERTI TUN MAHATHIR KATA"MELAYU ITU MUDAH LUPA". ORANG CINA MEMANG SUKA TABIAT BURUK MACAM INI. LIWAT, MAIN PEREMPUAN , MAIN BINI ORANG DAN PERJUANGAN LIBERALISME DAN PLURALISME DAN COMANGO SEMUA DAPAT SOKONGAN DARI PENGUNDI CINA DAN MELAYU PKR DAN PAS...UMNO MASIH TAK NAMPAK KER? HIDUP ANWAR BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR.

  4. Anonymous says:

    Aku tengok Melayu Permatang Pauh hidup senang lenang aje di bawah MP Permatang Pauh.Macam-macam dapat......waa kah kah kah kah kah kah waaaaa kah kah kah kah. Lu orang pikior la sendili. waa kah kah kah kah kah.

  5. Anonymous says:

    Aku ni ahli UMNO dan aku memang tak sokong pun Anwar Ibrahim....tapi yang aku tau...Permatang Pauh ni kelam kabut...khasnya UMNO Permatang Pauh...cantas,sabotaj kerja depa.....Alaaaa tak payah nak kalut...Anwar menang di Kajang (kalau dia bertanding)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.