..

..

TERKINI !! SJKC NAN YA & GURU BESAR MOHON MAAF ISU BUKA TUDUNG GURU MUALAF CINA

on Friday, January 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Bukan hanya minta maaf tapi sepatutnya Kementerian mengambil tindakan terhadpa guru besar berkenaan   kerana menghina Islam melalui larangan mengamalkan tuntutan diwajibkan terhadap umat Islam .





KOTA TINGGI 17 Jan. - Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Pang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina mualaf yang diminta membuka tudungnya baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, dekat sini.

Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin. - UTUSAN ONLINE





Pergerakan Wanita UMNO berharap satu tindakan tegas dapat diambil ke atas Pengerusi Jemaah Sekolah SJK (C) Nan Ya, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Pang Ah Ngan. Ini kerana Pang dikatakan telah melanggar hak kebebebasan individu, apabila menghalang seorang guru muslim di sekolah tersebut dari memakai tudung ke sekolah. 

 Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari dalam satu kenyataan media berkata pihaknya memandang serius isu tersebut. 

 “Pang tidak ada hak untuk menghalang cikgu Choi Yem Chan yang telah memeluk agama Islam untuk memakai tudung atau berhijab. 

 “Apabila seseorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu tersebut dan hak kebebasan berpakaian ini termasuklah di tempat kerja selagi tidak melanggar tatasusila dan adab Islam” kata Rosni. 

 Rosni turut menegaskan bahawa hak tersebut telah diperuntukkan di bawah perlembagaan negara. Sebelum ini pihak Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut yang bertindak berdiam diri seolah-olah merestui tindakan Pang. 


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang peliknya, guru yang disuruh buka tudung DITUKARKAN KE SEKOLAH LAIN BUKAN SEBALIKNYA. Apa dah jadi ni?????????????

  2. Anonymous says:

    Dah minta maaf baru wanita umno nak bersuara?..apasal sebelum ni dok menyusu budak ke menyusu bapak budak sampai senyap tak terkata?....,pemuda UMNO pun dengan bangga mendabik dada sebab desakan mereka lah permohonan maaf itu dibuat....Cukup ke dengan minta maaf?...berkali-kali penghinaan dibuat dan berkali-kali memohon maaf yang tak ikhlas,..kita pun terima.
    Paling kurang, si pang tu lepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga dan tidak terlibat lagi dengan sekolah tu, si guru besar ditukarkan kesekolah lain. ..tapi rasanya ia tak kan berlaku, semuanya akan balek seperti biasa, macam tak ada apa-apa....bila orang politik dan penjawat awam bertuankan duit, bangsa tergadai.

  3. Anonymous says:

    Moga ALLAH Meguatkan iman guru itu dan istiqamah dalam Islam.

  4. Anonymous says:

    "guru yang disuruh buka tudung DITUKARKAN KE SEKOLAH LAIN BUKAN SEBALIKNYA. Apa dah jadi ni"

    pikir sikit! tu sekolah jenis kebangsaan cina, full of chinese..
    kebanyakannya bukan beragama Islam, so dalam kes camni, mgkin diorg akan pulaukan dia, walaupon dah minta maaf, memang sah kena pulau..
    bayangkan laa camner dia nak mengajar kalo dipulaukan oleh rakan2 sendiri kat sana?

    so kalo dia pindah, lagi senang sbab mungkin sekolah lain takkan buat camtu, dan lepas kejadian ni kuar berita, diorg pon x kan berani nak pulaukan dia sangat..

    nak komen tu tengok la jugak viewpoint orang, dunia ni bukan ko sorang je karakter utama..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.