..

..

SLOGAN UBAH "DAP" TERBUKTI MENGUBAH KERETA MEREKA BUKAN RAKYAT P.PINANG @dzainalabidin @tunfaisal

on Wednesday, January 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Biar gambar berbicara ...semasa PRU 13 , sanggup menaiki motorsikal berkempen sana sini ajak rakyat P.Pinang  UBAH kepada PR .

Hari ini tak sampai 2 bulan , kereta baru lagi mewah telah mereka UBAH telah dibeli atas alasan seorang CM berhak naik Mercedez bukan Camry dan juga sebab berjawatan CM dapat diskaun 50 % !!

Khiri Toyo jadi MB  beli rumah juta ringgit  dapat diskaun dituduh corrupt practice tapi Guan Eng  berjawatan CM beli Mercedez Benz murah tak pulak kedengaran ??







Ketua Menteri Lim Guan Eng menerangkan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaannya saja bahkan bakal ketua menteri akan datang.

"Lagipun, kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang," katanya dalam sidang media hari ini.

Guan Eng memberikan penjelasan kenapa beliau menggantikan kereta Toyota Camry yang baru berusia dua bulan itu kepada Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Lim berkata, Mercedes yang dibelinya adalah mengikut keputusan Majlis Eksekutif Negeri pada 20 November lalu yang mengambil kira keselamatan ketua negeri.


Dia menambah, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak itu dibeli dengan harga diskaun RM298, 263.75 tanpa insuran dan cukai.

"Dengan harga diskaun tersebut, kerajaan negeri merasakan bahawa pembelian itu adalah lumayan. Kita mahu melihat ini sebagai pembelian jangka panjang. Kereta Mercedes milik ketua minister bertahan selama 18 tahun lantas membuktikan jangka tahan kereta jenis itu," katanya.

Berita Lim yang membeli Mercedes baru itu dengan terlalu awal berikutan peembelian 15 kereta Toyota Camry sampai kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu turut menjadi kemusykilan kepada ahli majlis eksekutif negeri. Kereta itu baru dihantar semalam.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait (gambar) yang turut hadir berkata harga asal kereta itu adalah RM657, 218 dengan menambah diskaun cukai bagi kereta itu telah membuat pembelian ini berpatutan.

Apabila kereta Mercedes Benz S320L dibeli 18 tahun lalu, kerajaan negeri membayar RM271, 331.22, jadi harga kereta sekarang tidak banyak bezanya.

"Selepas pengecualian cukai, pembekal kereta memberikan diskaun RM100,000. Kereta ini adalah model tahun lepas. Model baru akan keluar tidak lama lagi."

Mokhtar menambah, "Sebagai Ketua Menteri, Lim berhak menggunakan Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Namun beliau hanya menggunakan satu sahaja daripada kedua itu."


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.