..

..

MUFTI KELANTAN BERSUARA , ADUN DAP JANGAN CABAR ISLAM

on Tuesday, January 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




- Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam ) Enakmen 1988 disifatkan sebagai melampau dan tidak menghormati serta mencabar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, enakmen tersebut telah diluluskan khusus untuk umat Islam dan tidak mengganggu-gugat agama-agama lain.

Beliau berkata, undang-undang itu juga amat penting bagi memastikan tidak ada pihak daripada agama lain memujuk dan menghasut umat Islam meninggalkan agama suci itu.


"Pada dasarnya enakmen itu ditubuhkan bagi mengawal, menyekat pengembangan dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam serta mampu mengekang gejala murtad di negara ini.


"Selain itu, enakmen berkenaan dilaksana supaya rakyat menghormati Perlembagaan Negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan tiga wakil rakyat DAP Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Bible tersebut dirampas dalam serbuan di sebuah premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad Shukri memuji tindakan tegas JAIS yang disifatkan sebagai tepat demi menjaga kesucian agama Islam.

"JAIS hanya menjalankan tugas melaksanakan enakmen sedia ada yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tidak sepatutnya ada pihak yang mempersoalkan tindakan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut menyelar tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung kenyataannya supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan berbahasa Melayu.

Katanya, tindakan itu telah melanggar perintah mahkamah sebelum ini yang membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald, menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan majalah berkenaan.

"Paderi ini juga telah menderhaka terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan semua rakyat khasnya di negeri itu tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan beragama Islam.
"Tindakan seperti ini tidak lebih daripada mengapi-apikan rakyat untuk mencetuskan ketegangan," katanya.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Sultan leh ambil tindakan...keluar dari jajahan negeri Selangor

  2. BUNGA Mas says:

    ITULAH MAINAN CHAUVINIS CHINA DAP.
    DI BERI BÊTIS HENDAK PEHA....AND IT WILL GO ON AND ON.......SAMPAI DIA DAPAT TAKLUK NEGARA PERSEKETUAN TANAH MELAYU.
    DALAM PADA ITU ADA PULA MELAYU YANG SOKONG MEREKA......TERUTAMA PAS........
    RENUNGKANLAH LAH.
    TANAH MELAYU JADI TANAH CINA.
    UGAMA RASMI, DARI ISLAM JADI KRISTIAN.
    MEREKA PUNYAI CITA CITA YANG TINGGI.
    MELAYU JUGA YANG LEKA..........TETAPI .......

  3. Anonymous says:

    Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad adalah guru saya semasa bersekolah ditahun 1976 dahulu.

    Syabas Cikgu

    Anak murid SSAJ

  4. Anonymous says:

    Yang mula2 berhak bersuara adalah Exco Agama Selangor. Tapi dia pergi mane, tido ke atau tak tahu ape2 pun. Ni lah tahap Exco PAS yang di lantik jadi Exco Agama Selangor. Makan gaji buta je.

  5. Anonymous says:

    Tahniah Dato'! ulamak yang macam ni aku nanti -nantikan... berani bercakap kerana benar. Bukannya ulamak bisu...

  6. Anonymous says:

    Tak mustahil akan berlaku semula seperti peristiwa 13 mei. Jika berlaku juga pasti akan lebih parah...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.