..

..

MENTERI LUAR SINDIR ANWAR SALAHKAN WISMA PUTRA GARA-GARA TAK BOLEH MASUK JEPUN

on Tuesday, January 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menuding jari ke aras Wisma Putra punca dia tak boleh masuk ke Jepun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pulangkan 'paku buah keras' dengan sinisnya, "Kalau benar saya boleh halang Anwar masuk Jepun, saya Menteri Luar paling hebat...".
Dalam sidang media di Kuala Lumpur, Anifah kata hal Anwar tak boleh masuk ke Jepun tak ada kena mengena dengan Kementerian Luar.
"Mungkin ada kaitan dengan isu dalaman Jepun, seperti undang-undangnya... saya pun tak tahu bila Anwar ke Jepun, daripada saya tulis surat untuk halang Anwar, banyak lagi perkara lain yang saya boleh buat..."ujarnya.
Menurut Anifah, kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu.
Beliau berkata setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk menghalang sesiapa sahaja yang mereka fikirkan tidak diingini daripada memasuki negara mereka atas apa jua sebab.
"Dan selalunya, mereka tidak perlu memberi penjelasan mengenai keputusan yang diambil itu," katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.
Anifah menyifatkan dakwaan 'ada tangan tersembunyi' yang mungkin memainkan peranan dalam keputusan kerajaan Jepun itu sebagai sesuatu "yang tidak masuk akal" kerana sepanjang pengetahuannya, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk mempengaruhi negara seperti Jepun supaya menyekat mana-mana individu daripada memasuki negara itu.-20/1/2014

Anwar dilarang masuk Jepun tak ada kena mengenai dengan Imigresen Malaysia..
Tindakan kerajaan Jepun melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negara itu tiada kaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
Perkara ini ditegaskan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Alias Ahmad ketika diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap Anwar di Lapangan Terbang Narita, semalam.
Menurut Alias, pihaknya tiada kaitan kerana Anwar masih pemegang pasport yang dikeluarkan jabatan Imigresen.
“Mungkin ada masalah dalaman di sana (Jepun). Mana-mana negara berhak menegah sesiapa masuk ke negara itu jika ada sebab tertentu,” katanya.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu jika tindakan itu berkaitan pihak lain.
Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.
Kali terakhir tahun 2012, tetapi pada Ahad, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.
Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
anwar-jepun
Sementara itu, insiden dialami Anwar terus jadi viral di media sosial dan portal malah kejadian itu gambarkan melalui macam-macam sitara termasuk ultraman dan Doraemon.
Di pihak Anwar pula, PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan Anwar dilarang memasuki Jepun.
Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.
“Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar,” katanya.-20/1/2014


4 Responses

  1. Anonymous says:

    KAH KAH KAH...... muuhaaahaaahaaa... orang japan dah tau siapa ko nuar oii.. cikaro ko dah lama tersebar luas kat japan tu.. cuma macai ko jer yng bangang buta kayu.. "perut boroi tu bukan saya punya tapi mirip 100% wajah saya... " macai ko yg bangang buta kayu boleh la ko kelentong, tapi orang japan takyah la ko nk kelentong,.. diaorang tu ada akai, jangan la ko perasah nuar oiii... kat malaysia boleh la ko kelentong macai ko.

  2. salam tuan, boleh linkan blog sy kedalam blog hebat ni, t kasih ye, salam perjuangan :)

    http://ekstremebullet.blogspot.com/

  3. Anonymous says:

    Padan muka Anwar. Dia perasan dia salah seorang manusia paling hebat di dunia sedangkan sebenarnya dia adalah salah seorang manusia yang paling hina di dunia. Well done, kerajaan Jepun. I like.

  4. Anonymous says:

    padan muka nuar brahim tak boleh masuk jepun yeh yeh yeh. meluat dengan kenyataan latefaa koya tu. ntah apa2. kalau dah balaci tu balaci jugak lah. nuar brahim yang tak dapat masuk jepun kerajaan malaysia plak kena tarik balik laporan. ntah apa apa ntah la.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.