..

..

MB SELANGOR TUNDUK DESAKAN DAP, DESAK JAIS PULANGKAN BIBLE !!

on Thursday, January 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



- Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengeluarkan dua arahan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung tindakan jabatan itu menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya Khamis lalu menimbulkan persoalan.


Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas, jika kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Arahan kedua pula ialah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, di mana JAIS wajib mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco-exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

Berhubung arahan pertama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah memulangkan Bible itu perlu dilakukan jika kesemua kitab yang dirampas mendapat pengesahan KDN selain mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Antara perkara yang terkandung dalam resolusi itu menurut Abdul Khalid ialah membenarkan mengimport, mengguna dan mencetak Bible bahasa Melayu.

"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab itu memenuhi resolusi berkenaan, kita akan mengarahkan JAIS untuk memulangkannya semula kepada Persatuan Bible Malaysia,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.

JAIS melakukan serbuan berasaskan peruntukan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri ini.

Mengulas lanjut arahan tersebut, Abdul Khalid berkata, JAIS bagaimanapun boleh meneruskan siasatan mengenai perkara itu selain menyiasat bagaimana Bible berkenaan boleh berada di premis persatuan terbabit termasuk mendapatkan maklumat jelas sama ada ia diedarkan di negeri ini atau ke negeri lain.

Namun, beliau menyatakan sekiranya kesemua Bible itu hanya disimpan di premis persatuan berkenaan dan tidak digunakan, pihaknya tidak ada masalah mengenai perkara itu.

Berhubung arahan kedua pula, Abdul Khalid berkata, berdasarkan SOP baharu itu JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada khususnya perkara-perkara melibatkan sensitiviti penganut agama lain di negeri ini.

"Ada kalanya (tindakan penguatkuasaan JAIS) tidak memberikan kefahaman kepada masyarakat. Tujuan penguatkuasaan JAIS bukan sahaja untuk mempertahankan Islam tetapi juga perlu menangani kesangsian penganut agama lain.

"Maka, untuk masa depan, sebarang tindakan JAIS (yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain) wajib diadakan perbincangan terlebih dahulu di antara jabatan itu dengan MAIS (Majlis Agama Islam) dan Exco-exco kerajaan negeri," ujarnya.



6 Responses

  1. Matapina says:

    KELEMAHAN ORANG MELAYU MAKIN KEYARA.
    KELEMAHAN ORANG ISLAM PUN MAKIN TERSERLAH.
    DULU HAPUSKAN TULISAN JAWI DIPAPAN TANDA JALA.
    KINI NAK PULA BAHASA MELAYU DALAM BIBLE DAN GUNA "ALLAH"
    YANG CETUSKAN ISU INI LIM GUAN ENG TOKONG.
    PAS SOKONG, PKR SOKONG......ALAMAT BURUKLAH UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM.
    MELAYU AKAN ANCUR DI BUMI MELAYU, DAN ISLAM AKAN TERGADAI.
    INI SEMUA HAILERBATAN ORANG MELAYU DAN ISLAM SENDIRI.
    KALAU BIBLE DALAM BAHASA MELAYU, KAN MUDAH UNTUK KRISTIAN DI KEMBANGKAN DI KALANGAN MELAYU.....ITU LAH MOTIF SEBENAR !
    KALAU melayu Islam tak NAMPAK semua ini.....ENTAHLAH.

  2. Anonymous says:

    SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KEBERANIAN JAIS! Tapi hari ni dilapurkan di berita, seolah k'jaan negeri MENGGERTAK JAIS - yg. JAIS harus TUNDUK mcm. KULI -si-KAPIR SAMSENG pd. k'jaan negeri PEMBANGKANG LIBERAL JAHANAM, terutamanya si KAPIR HARBI musuh ISLAM/Melayu dr. DAPBANGKAI, tentang hal-ehwal Islam/umatnya di masa hadapan, sedgkan Islam adalah agama Persekutuan dan Tanah Melayu kita ni NEGARA ISLAM!

    Inilah akibat kita terlalu bagi NAIK MUKA bangsa si PENDATANG KAPIR JAHANAM MUSUH ISLAM, yg. makin KURANG AJAQ kat Tanah Melayu PUSAKA nenek/moyang kita ni, dan tak pernah berterima kasih kita bagi depa MENUMPANG!

    Tapi kat Barat, si pendatang KAPIR HARBI dr. Malaysia ni, tahu pula jadi PENGECUT; tak pula nak paksa kaum Kristian bangsa Barat guna KALIMAH ALLAH utk nama Jesus, tuhan triniti si Kristian, termasuk dlm. injil-injil Barat! Dan NGO-NGO serta mana-mana rejim Barat-Zionis, terutamanya dr. kembar-kembar Israel JAHANAM, si rejim-rejim Jerman-Amerika-British-Peranchis, bukan main berani nak masuk campur [disyaki MENAJA PAP (S'pura)/DAP], MELALAK mcm. ANJING KURAP kat Tanah Melayu dan seluruh dunia Islam, utk. menjatuhkan Islam serta umatnya serta menjajah Dunia Islam yg melimpah minyak-gas kurniaan ALLAH SWT kita, menggunakan falsfah Barat-Zionis “demokrasi/hak asasi kesamaan (dsbnya)” - cuba rejim-rejim Barat ni paksa rakyat Barat mereka menggantikan nama Jesus dgn. Kalimah ALLAH, pasti MENGAMUK mcm. si Nazi! Baru mereka tau! Dasar si Barat HIPOKRIT laknat - yg. mana kuasa politik dan ekonomi telah dikuasai Yahudi Zionis!
    Si Yahudi-Kristian Zionis (bukan Yahudi-Kristian tradisional/asal), sebenarnya adalah pengikut agama Syaitan melalui “Meja Bulat Illuminati-Freemason”, yg. ingin menubuhkan k’jaan Syaitan “New World Order” di muka bumi ini, termasuk berpusat di Israel, negara dajal yg. ditubuhkan melalui pembunuhan beramai amat kejam(GENOCIDE) Bumiputera (Indigenous) Islam Palestin.

    Malangnya, tengok cara mereka juga MENGHASUT anak muda Islam/Melayu utk. menerima (di”brainwash”) idea Zionis Illuminati-Freemason ini, termasuk mengagungkan ejen –ejen KAPIR GANAS Mossad/CIA-MI6 dan pemimpin terkemuka Freemason cthnya Thomas Jefferson (terang-terangan di siri baru Sleepy Hollow), di Fox TV di Astro, melalui siri-siri NCIS, The Shield, Sleepy Hollow (bukan yg. filem, tapi siri baru) dsbnya!

    Makcik Sambal Belacan.

  3. Seandainya JAIS akur dengan arahan kerajaan negeri, ini bermakna kakitangan JAIS memang terdiri dari gulongan pengikut2 PAS.

  4. Anonymous says:

    Sape MB Selangor tu? dia lagi berkuasa dari Sultan Selangor ke? Bukan sepatutnya kene bincang dulu dengan Pihak Istana ke? Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri Selangor ada bagi turun kuasa ke kepada MB Selangor pasal hal ehwal agama Islam di Selangor?.. Islam dirosakan oleh org Islam sendiri.. Ya Allah perkasakan lah umat kekasih Mu Muhammad S.A.W

  5. Anonymous says:

    Paderi Kristian telah derhaka kepada Sultan dan menghina mahkamah. Tiada tindakan tegas diambil ke atasnya tapi, sebaliknya, disokong pula oleh orang Muslim yang jahil dan terpesong pemahaman ugama mereka. Takziah diucapkan kepada orang Melayu yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Selangor.

  6. Anonymous says:

    Memang sah MB Selangor hanyalah BONEKA kepada DAP. Rakyat Selangor yang menyokong PR sama terlibat menggadaikan maruah Islam kepada kafir dengan membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.