..

..

KERAJAAN BN DAH TURUN HARGA KERETA , TAK PERLU TUNGGU JANJI RAFIZI

on Tuesday, January 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan bersedia untuk menurunkan duti eksais yang secara langsung boleh menurunkan harga kereta jika kedudukan fiskal negara membenarkan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, walaupun perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan, tetapi kementeriannya komited untuk merealisasikan penurunan harga kereta dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014.

 ''Buat masa ini, tiada kemungkinan untuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan menurunkan duti eksais.

 ''Bagaimanapun, jika terdapat pendapatan daripada sektor lain yang boleh menjadi alternatif kepada hasil duti tersebut, tidak mustahil (harga) boleh diturunkan,'' kata beliau. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 di sini hari ini.

 Tahun lalu, kerajaan menyasarkan untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

 Jika sasaran berkenaan diambil kira, potensi untuk duti eksais dikurangkan menjelang 2020 adalah cerah. Mustapa menjelaskan, kementeriannya sudah membangunkan rangka kerja pengurangan harga bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 dan 30 peratus sehingga tahun 2017.

 Rangka kerja itu meliputi pelbagai langkah, dan faktor asas ialah meliberalisasikan industri automotif tempatan, tambah beliau.



 Langkah mengurangkan harga kenderaan juga merupakan akujanji Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan. Sementara itu, bagi mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai peraturan jangka hayat kenderaan (ELV), kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak mewajibkannya.

 "Proses pemeriksaan kenderaan akan dilakukan secara sukarela oleh pemilik dan perkhidmatan berkenaan tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat seperti sekarang," ujarnya.


Kereta mampu milik tawaran terbaik Proton




- Kelahiran Proton bukan sekadar menandakan penglibatan negara dalam sektor perindustrian tetapi juga memberikan peluang kepada rakyat Malaysia memiliki kereta mampu milik yang bakal terus menjadi kebanggaan negara.

Usaha ke arah memperkenalkan kereta varian mampu milik (super value atau SV) dilakukan selepas syarikat pengeluar kereta nasional menyedari lebih banyak lagi yang perlu diberikannya kepada negara dan juga rakyat kerana menyokong kejayaannya.
Malaysia mempunyai penduduk yang memiliki paras pendapatan yang pelbagai tetapi sebahagian besarnya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Untuk itu, Proton membantu mereka memiliki kereta mampu milik dengan turut mengambil kira harga yang boleh ditawarkan dan juga kos tanggungan.

Konsep mampu milik ini merujuk kepada usaha menyediakan kereta yang mampu memenuhi keperluan asas rakyat negara ini pada harga yang munasabah manakala kos pengeluarannya pula mampu diurus oleh Proton, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd., Datuk Lukman Ibrahim kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Proton setakat ini telah mengeluarkan kereta varian mampu milik Saga SV dan Persona SV, masing-masing pada 15 Jun dan 30 November 2013.

''Kami mengeluarkan apa yang penting untuk orang lain. Ini bermakna kami melihat kepada apa yang diperlukan oleh pengguna, bukan syok sendiri dengan menawarkan kereta dengan pelbagai ciri-ciri menarik tetapi lupa apa yang sebenar diperlukan pengguna dan seterusnya menawarkan pada harga mampu milik.

''Operasi Proton bermula dengan produk kereta Proton Saga yang menyaksikan lebih 1.5 juta buah berjaya dijual meliputi generasi awal hingga akhir kenderaan itu. Kereta Proton Saga telah memperlihatkan pencapaian yang baik dan tiba masanya untuk Proton mengembalikan sokongan yang diberikan dengan memperkenalkan kereta mampu milik.
''Ini merupakan model yang berjaya. Kami telah mendapat kembali pelaburan yang dibuat bagi Proton Saga dan kami telah memperkenalkan kereta varian Saga SV.

''Biarpun dinamakan kereta mampu milik tetapi tiada kekurangannya dengan kereta lain. Ini hebatnya kereta mampu milik kami," kata beliau sambil menambah, pengenalan kereta mampu milik dibuat tanpa menjejaskan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan ciri keselamatan.

''Oleh sebab, keperluan setiap orang adalah berbeza, kereta mampu milik Saga SV mungkin kecil ruangnya, kita telah memperkenalkan pula kereta mampu milik Pesona SV, sebagai satu lagi pemberian kami kepada negara," kata beliau yang menyifatkan tempahan yang diterima untuk varian berkenaan sangat menggalakkan.

Dalam memperkenalkan kereta mampu milik, apa yang sedia ditawarkan dalam kereta sebelumnya adalah dikekalkan dan tidak pula dikurangkan. Malah kereta Proton Saga sebagai model berharga rendah, keutamaan turut diberikan dalam memastikan keupayaannya menawarkan kepada tahap keselamatan terbaik di atas jalan.
Tahap keselamatan

''Kami tidak mengurangkan tahap keselamatan kereta kami meskipun produk itu dianggap sebagai mampu milik. Ini bermakna kereta mampu milik mempunyai tahap keselamatan yang sama seperti mana kereta-kereta lain yang dikeluarkan," ulangi beliau sambil menambah, meskipun produk kereta yang dihasilkan adalah kereta asas (basic car) yang dijual rendah harganya tetapi nilainya tetap dipastikan berada pada tahap yang tertinggi.

Bagi harga yang ditawarkan, pembeli akan mendapat sebuah kereta Saga SV yang mendapat pengiktirafan 3-bintang oleh Program Penilai Kereta Baharu atau ASEAN NCAP dilengkapi dengan dwi beg udara keselamatan dengan tali pinggang keledar pretensioner serta pemanduan dan pengawalan yang terbaik.

Malah, kereta mampu milik Persona SV juga dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System (ABS) dan sistem Electronic Brakeforce Distribution (EBD) yang mana kadangkala pengguna sendiri juga tidak mengetahui kewujudannya dalam usaha untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada pemilik keretanya.

Proton membuat pelaburan yang besar dalam memastikan tahap keselamatan produk keretanya berada di tahap terbaik, bahkan tidak wujud sebarang diskriminasi tentang warna yang boleh dijadikan pilihan untuk kereta mampu milik.

Begitu juga dengan pengurusan ruang dalam kereta, syarikat pengeluar kereta itu juga mengekalkan ruang dalaman yang agak selesa berdasarkan kategori sama menyedari bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang memiliki bilangan ahli keluarga yang besar.

Beliau mengakui ramai yang percaya bahawa sebarang penambahan misalnya dalam tahap keselamatan kereta, kos menjadi lebih tinggi, sedangkan hakikatnya adalah tidak selalu benar sekiranya nilai yang mampu diberikan lebih tinggi.

Proton juga memperluaskan perkhidmatan mampu miliknya meliputi perkhidmatan selepas jualan sambil turut memberikan penekanan kepada perkhidmatan berorientasi kepada pelanggan melalui lebih 300 pusat servis di bawahnya.

''Kami juga ingin meningkatkan jumlah pelanggan yang kekal bersama kami (datang untuk mendapatkan servis) dengan turut mendidik mereka ke arah itu dan berbincang dengan pengeluar komponen untuk menawarkan alat ganti pada harga yang lebih rendah," kata Lukman sambil menambah Proton kini mempunyai pusat operasi komponen untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dalam mendapatkan alat gantian.

Syarikat itu memastikan perkhidmatan yang cemerlang diberikan seperti perkhidmatan tunda yang boleh dipercayai dan cekap serta menawarkan program pembaikan kereta untuk selang perjalanan 10,000 kilometer (km) berbanding 5,000 km sebelumnya, sekali gus memberikan penjimatan kos



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.