..

..

KEKECOHAN DEMONTRASI, DBKL SEPATUTNYA BATAL SAMBUTAN 2014 !! @jamawijaafar

on Wednesday, January 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tahun depan kita akan saksikan Laporan Audit dedahkan pembaziran DBKL sebabnya  tak bakar mercun bunga api & rugi bayar artis konsert kerana terpaksa dihentikan .

Sebabnya macai Melayu PR yang turun  berdemontrasi telah  menggila hingga mahu merempuh masuk ke pentas konsert.  Itu la dah tahu puak2 macai nak berdemo, DBKL masih tak serik-serik juga.

Dalam suasana ramai , memang pihak keselamatan tak boleh kawal .

Setakat POLIS pakai vest  , Penguatkuasa DBKL depa tak takut ... ..kalau mai Sang Saka Biru FRU mereah  , itu depa lari bila tear gas dilepaskan  sepertimana di BERSIH .

Seperti cadangan Jamawi Jaafar , Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang menggesa sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dibatalkan  ternyata berasas . Lihat kerajaan menanggung kerugian disebabkan kekecohan ditimbulkan macai PR guling .



 Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram. 




2.07 malam: Peserta dan orang ramai mula beredar meninggalkan Dataran Merdeka.


12 tengah malam: Sehingga jam 12 tengah malam, tiada 'countdown' dan bunga api seperti kelaziman. Sebaik memasuki tahun 2014, semua peserta dan orang ramai di Dataran Merdeka menyanyikan lagu Negaraku.

11.58 malam: Detik-detik ambang tahun baru, suasana semakin gamat. Peserta mula melaungkan slogan 'Turun'

11.52 malam: Datuk Bandar KL beri ucapan namun di 'boo' peserta himpunan

11.32 malam - Konsert di Dataran Merdeka dihentikan kerana peserta Turun mula merempuh masuk dan mengganggu orang ramai.

11.30 malam: Sekumpulan peserta Turun rempuh halangan polis untuk naik ke pentas konsert hingga persembahan terganggu.

11.15 malam: Keadaan Dataran Merdeka tenang. Para peserta hanya berlegar-legar di sekitar Dataran Merdeka.

11 malam: Peserta yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka berarak ke kawasan lebih hampir tetapi terpaksa berhenti di hadapan benteng polis. Slogan seperti 'Turun' dan 'Hidup Rakyat' kerap dilaungkan para peserta.


One Response

  1. Anonymous says:

    Peserta2 ni ingat dia mewakili majoriti rakyat Malaysia ke? Teringin nak tengok bangsa lain pun berguling tunjuk protes

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.