..

..

KALIMAH ALLAH : NGO ISLAM BANTAH DEBAT ANJURAN SINAR HARIAN

on Friday, January 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





GPB menyokong saranan ABIM agar Sinar Harian yang mendesak agar dibatalkan debat hujan isu kalimah Allah ini. Tolong hormati & jangan menderhaka tidah  YDP Agong yang menegaskan kalimah Allah adalah hak eksklusif  umat Islam klik di sini


Kalau Sinar Harian gila mencari publisiti sesuatu isu bagi lariskan akhbar , jangan babitkan isu Kalimah Allah untuk diperdebatkan yang boleh memecahbelahkan lagi umat Islam . Biar lah ilmuan Islam menyelesaikan bukan pemimpin politik dengan cara debat.   



Polemik Kalimah Allah tidak akan dapat diselesaikan menerusi perdebatan, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana ia amat bersangkutan dengan perkara-perkara yang melibatkan isu teologi yang akan mengundang sensitiviti masyarakat.

Beliau merujuk kepada penganjuran “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” yang merupakan Wacana Sinar Siri 26 yang akan diadakan pada 27 Januari 2014.

Perdebatan itu dirancangkan antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dengan ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Susulan itu, katanya, ABIM telah menyerahkan surat kepada pihak akhbar Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.

"Isu-isu agama yang melingkari masyarakat seperti ini harus diselesaikan menerusi perbincangan yang melibatkan kumpulan ilmuan yang sentiasa
berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana dari kelompok kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya, ABIM menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tersebut tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu ini yang asalnya bersifat teologi secara langsung diheret kepada perkara lain yang lebih sensitif yang melibatkan perundangan dan institusi Raja.

Dalam pada itu, tambahnya, penganjuran perdebatan tersebut juga boleh dianggap perjudis kerana ia masih belum lagi didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

"ABIM juga menyeru semua pihak khususnya media untuk mengenengahkan pandangan sederhana dan bersifat ilmiah khususnya dari kelompok agamawan Islam dan Kristian yang merupakan “silent majority” bagi memastikan polemik ini dapat disejukkan," tambahnya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Sinar Harian sepatutnya Malu mengenegahkan isu kalimah ALLAH ini untuk diperdebatkan.Apakah Sinar harian dan mereka yang terdiri dari Khalid Samad dan Noh Omar ini tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini akan diketawakan olih khafir Kristian, sebab mereka tak payah susah payah cari penyelesaian; olih kerana orang Islam sendiri bersedia 'berperang sesama sendiri' disebabkan agenda jahat mereka.

  2. Anonymous says:

    SINAR HARIAN...melanggar titah Tuanku!!!

  3. Anonymous says:

    Kalau nak debat isu kalimah Alloh...sepatuhnya S.H. jemput Ketua gereja yang nak sangat guna kalimah Alloh...bukan nya nak melaga2 kan Melayu sesama Melayu...bodoh, bahallul , bangang dan biul punya orang......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.