..

..

JAWAPAN ISU DEMO BANTAH MACHANG BUBUK, BIDAS KERAJAAN DAP TERUS RACUNI RAKYAT BENCI UMNO @dzainalabidin @NajibRazak

on Monday, January 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KENYATAAN MEDIA DEMO BANTAHAN TERHADAP YB ADUN MACHANG BUBUK


 1. UMNO Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa UMNO Pulau Pinang bukan penganjur perhimpunan dan perarakan ' Menyokong YAB Perdana Menteri' yang diadakan di Seberang Jaya pada 18 hb. Januari dan demo yang diadakan di Alma pada 19 hb. Januari lalu. Kedua-duanya merupakan bantahan orang ramai dan NGO-NGO yang merasakan tindakan YB ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengadakan ‘flash mob ' dengan menyumbat kangkung ke mulut effigy YAB PM Najib suatu tindakan biadab dan menghina pemimpin No 1 negara.

 2. Kehadiran beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang dalam kedua-dua acara tersebut adalah atas kapasiti mereka sebagai pemimpin tempatan. Adalah tidak wajar sekiranya mereka tidak hadir bersama rakyat dan NGO-NGO yang berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.

 3. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO juga ada hak dan kebebasan untuk bersuara; dalam menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Kebebasan bersuara dan memberi pendapat bukan hak eksklusif pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS serta NGO-NGO pro mereka sahaja. Sejak dulu pemimpin-pemimpin UMNO menyuarakan pandangan serta bantahan apabila kepentingan Melayu dan Islam dicabar dan apabila parti dan pemimpin negara dicaci dan dihina.

 4. Pihak polis sudah pun memulakan siasatan ke atas kedua-dua perhimpunan berkenaan. Beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang juga sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan. Mereka telah dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan. UMNO Pulau Pinang amat yakin pihak polis akan berlaku adil dan professional dalam menjalankan siasatan mereka.


 5. UMNO Pulau Pinang berpendirian perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak tertentu pada 18 & 19 Januari lalu adalah tindakan balas kepada 'flash mob' yang dilakukan oleh YB Machang Bubuk dan dua lagi perhimpunan di Bulatan Bayan Baru dan Bulatan Seberang Jaya sebelum 18 hb. Januari. UMNO Pulau Pinang tegas menyatakan perhimpunan pada 18 dan 19 Januari tidak akan berlaku sekiranya YB Adun Machang Bubuk tidak melakukan penghinaan ke atas YAB Perdana Menteri. Ia adalah tindakan provokasi yang mengundang tindak balas.

 6. UMNO Pulau Pinang ingin menyatakan dengan tegas bahawa sepanduk “ Kerana Mulut DAP, 13 Mei 1969 berlaku, mahu lagi ? “ dan sepanduk-sepanduk lain bukan lah sepanduk yang dibuat dan dipamer oleh UMNO Pulau Pinang. Oleh kerana UMNO bukan penganjur ,kita tiada kuasa untuk menurunkan sebarang poster atau sepanduk dalam perhimpunan tersebut. UMNO Pulau Pinang faham luahan perasaan dan rintihan mereka yang membawa sepanduk tersebut disebabkan bertahun-tahun mereka tertekan kerana diasak, dihina, diperlekeh, ditindas dan merasa tidak dibela dan dilayan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang dipilih oleh rakyat.


7. Negara kita aman disepanjang pemerintahan Barisan Nasional . Sejak tahun 1974 hingga 2008 , selama 34 tahun dibawah Kerajaan BN Pulau Pinang, rakyat telah menikmati kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dalam suasana aman sentosa. Hubungan antara kaum sangat baik dan saling hormat menghormati.

 Oleh itu UMNO Pulau Pinang membantah sebarang usaha untuk mencetuskan ketegangan diantara kaum seperti yang sering diapi-apikan tanpa henti-henti sejak tahun 2008 hingga kini oleh kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.

 8. UMNO Pulau Pinang bertanggungjawab untuk sama-sama memastikan keamanan dan ketenteraman Negeri Pulau Pinang kekal ditahap yang paling baik dan sempurna seperti yang di inginkan oleh rakyat di negeri ini.

Oleh yang demikian UMNO Pulau Pinang yang mempunyai hampir 200 ribu ahli UMNO yang merupakan rakyat di Negeri Pulau Pinang ingin menyuarakan agar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terus meracuni fikiran rakyat dengan sentiasa menanam perasaan kebencian berterusan ditahap maksima terhadap parti UMNO yang akan mengakibatkan hubungan antara rakyat menjadi tegang dan dibimbangkan boleh membawa kepada keadaan yang tidak terkawal.


One Response

  1. Anonymous says:

    umno kangkong

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.