..

..

JATUH PM : FITNAH RAFIZI TAK MASUK AKAL UNTUK TUTUP MASALAH PKR !

on Friday, January 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja keterlaluan, malah cuba mencemarkan imej negawaran ulung itu.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan  bahawa Dr Mahathir sebagai dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak boleh diterima akal.

Katanya, tuduhan itu sengaja dilemparkan Rafizi sebagai  salah satu usaha PKR menutup kepincangan yang sedang berlaku dalam parti tersebut.

“Rafizi bijak membuat pembohongan agar rakyat melihat Umno sedang goyah, sedangkan hakikatnya parti itu yang sedang bermasalah.

"Rafizi juga sanggup melemparkan fitnah semata-mata mahu merealisikan hasrat ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri," katanya, semalam.

Sehubungan itu, katanya, BN seperlu bertindak bijak agar tidak terperangkap dengan permainan PKR yang memainkan beberapa isu untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Pada masa sama beliau juga mengharapkan rakyat tidak terperangkap helah yang dimainkan pakatan dalam usaha meraih simpati rakyat menyokong mereka.

Sementara itu Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin  mengingatkan Rafizi supaya tidak meletakkan kelemahan diri sendiri di atas bahu orang lain apabila mengaitkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang oleh wakil rakyat parti itu dengan Umno.

"Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.

 "Jangan sampai kerosakan rumah tangga sendiri, orang lain yang dituduh, kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat. Permohonan maaf yang keluar dari mulutnya hanyalah sebagai ulam politik semata-mata,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.