..

..

ISU KANGKUNG : INILAH MENTALITI TAKSUB MACAI PR BODOH SOMBONG !

on Tuesday, January 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments







Ini lah mentaliti macai2 PR yang menjadi tukang sebar isu kangkung dengan menyindir PM.  PM hanya memberi contoh bukan semua barang naik harga . Apa  yang salahnya  ??








Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Bg macai PR.. sengaja mereka nk alihkan isu besar gereja kristian hina terhadap kalimah Allah yg merupakan sekutu PR.. isu kangkong lbh besar dr isu hina Agama bg macai PAS>. itu tanda mereka akan hancor..

  2. Anonymous says:

    Apa saja yang keluar dari mulut Najib lepas ni akan dipersendaka ......inilah akibat terlalu percaya kepada KPI...........sekarang bolehkah KPI membantu Najib ........Pada pandangan aku Najib akan mengikut langkah Pak Lah .......

  3. Anonymous says:

    Eleh...tau la baru makan kangkong (sbb harga dh turun!!)..tak kan pasal kangkong pun PR akan hancur!! siapa makan kangkung di yang terase wakakaka..

  4. Anonymous says:

    Pembangang berpolitik macam pembuli di sekolah. Diorang akan beulang ulang mengejek dan mengejek dengan perkataan yang sengaja menyakitkan hati. Hanya kerana nama ayah yg pelik, saya pernah di ejek 'kerepek'. A perkataan biasa tapi bila diulang-ulang, ia sangt menyakitkan hati dan kejam. Macam pembangang ni la.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.