..

..

HOT ! PAS KATA ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT !!

on Tuesday, January 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. 

Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor

Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Januari 2014


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.