..

..

HOT ! GUAN ENG KANTOI MENIPU , SPRM JAWAB TUDUHAN TAK SIASAT LAPORAN AUDIT 2012 @dzainalabidin

on Monday, January 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bila dah tak boleh jawab isu pembelian  kereta Mercedez Benz , dia cuba alih perhatian pula kepada kerajaan Pusat pulak berhubung tindakan terhadap  laporan audit 2012 oleh SPRM.

Tapi kali ini Guan Eng telah memalukan diri sendiri bila SPRM menempelak beliau leranma  tidak meneliti laporan tahunan SPRM dan juga laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Adakah Guan Eng lupa nak baca dulu laporan sebelum memburukkan SPRM ?



KUALA LUMPUR 5 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa suruhanjaya itu tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali, SPRM dalam satu kenyataan di sini, hari ini meminta Guan Eng meneliti laporan tahunan suruhanjaya itu serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dikeluarkan sebelum ini.

"Kedua-dua dokumen itu turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara. Kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM serta JKMR yang dianggotai ahli-ahli Parlimen sendiri menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional terhadap laporan audit berkenaan.

"Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat. Tindakan yang diambil, sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat nasihat dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari masa ke semasa," kata kenyataan itu.

Guan Eng sebelum ini mendakwa tiada tindakan diambil SPRM dalam isu dakwaan pembaziran wang rakyat melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti dibentangkan pada Laporan Audit Negara 2012.

Kenyataan SPRM itu seterusnya menegaskan, JKMR, badan bebas yang memantau SPRM sejak 2009 turut dianggotai wakil DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw dan Guan Eng boleh merujuk kepadanya jika memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil suruhanjaya itu terhadap laporan audit berkenaan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa kita menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak bertanggungjawab terhadap laporan media yang memetik sumber dan tidak berasas," kata kenyataan berkenaan.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.