..

..

HOT ! ANWAR MENGAMUK KEPADA MB SELANGOR BILA AZMIN DIBUANG DARI PKNS

on Friday, January 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 - Kedudukan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu dikekalkan memandangkan keputusan untuk tidak melanjutkan jawatannya itu, tidak mengikut prosedur.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang kuasa dalam menentukan lantikan lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu terletak di bawah bidang kuasa menteri besar dan Exco, bukannya pengurusan PKNS.

"Kalau mengikut peraturan, ia (pelucutan) tidak boleh berlaku, ia hanya dengan kuasa menteri besar atas kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

"Saya nasihatkan menteri besar agar kedudukan Azmin Ali dikekalkan kerana pelucutan itu tidak mematuhi prosedur dalam mengambil sebarang keputusan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan oleh pihak pengurusan PKNS bukan daripada pihaknya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, PKNS menyanggah kenyataan Abdul Khalid dan memberitahu   surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Mengulas perkara sama, Anwar menambah, sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.