..

..

HINA & AIB PERDANA MENTERI ADALAH POLITIK BARU DIAJAR PKR ? @NajibRazak @dzainalabidin

on Saturday, January 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Badan perhubungan Umno Pulau Pinang mengecam dan mengutuk tindakan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang didakwa bertindak biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.
    
"Tindakan ADUN itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.
    
"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.
    
Reezal yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.
    
Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.
    
Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu dan beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.
    
"Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?.
    
"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baru yang nak diperkenalkan PKR," katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    rasanya bukan salah PKR bulat2...dlm umnok pon ade yg menyampah!...skang nie adalah pembalasan dr RAKYAT..buat2 tak nmpk ke?!...KUASA ADALAH RAKYAT..paham tak ngok2!!

  2. Anonymous says:

    Bila perbuatan memfitnah,menghina dan memprotes di biarkan saja oleh kerajaan Ah Jib Kangkong maka naiklah tocang pembangkang sampai jadi biadap keperingkat ini dan mereka akan TERUS membiadap selagi TIDAK di HENTIKAN oleh Ah Jib Kangkong. Itu sahaja,kuasa di tangan Ah Jib bukan pihak pembangkang!!!!

    alfie

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.