..

..

GUAN ENG ALIH ISU BELI MERCEDEZ BENZ S300L KEPADA LAPORAN AUDIT 2012 KERAJAAN PUSAT @dzainalabidin @rrafizal

on Monday, January 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa berhenti menuding jari kepada pihak lain dalam percubaan mengalih isu melibatkan beliau.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, tindakan Guan Eng itu cukup ketara dalam isu pembelian kereta jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasminya selepas beliau cuba mencari kesalahan kerajaan Pusat.

"Rakyat mendambakan penjelasan khususnya dalam isu kereta Mercedes-Benz yang baru dibeli. Beliau perlu menjelaskan kepada rakyat adakah wajar seorang Ketua Menteri menggunakan kereta mewah ketika ini?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam dalam sidang akhbar di sini, Guan Eng seolah-olah cuba mengalih perhatian dalam isu pembelian Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasminya dengan mendedahkan kononnya berlaku pembaziran Kerajaan Pusat seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.



Menurut Rahmad, beliau tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP membeli sebuah kereta Mercedes-Benz bagi kegunaan rasmi Guan Eng tetapi mempertikaikan kewajaran pembeliannya yang dilakukan dalam tempoh tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri membeli sebanyak 15 buah kereta Toyota Camry 2.5.

"Guan Eng perlu tampil menjawab isu ini, bukan mengarahkan penjawat awam seperti Pegawai Kewangan negeri menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.

"Beliau juga perlu ingat DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sosialis iaitu mengutamakan rakyat, jadi tindakannya ini jelas bertentangan dengan konsep berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr. Thor Teong Gee berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengelak menerima diskaun, apatah lagi dalam jumlah yang cukup tinggi daripada mana-mana pihak membabitkan sebarang urusan kerana tindakan tersebut boleh mengundang pelbagai persepsi.

Menurut beliau, tindakan kerajaan negeri itu juga tidak menggambarkan pentadbiran kerajaan yang cekap kerana dibuat selepas hanya beberapa bulan menggunakan kereta baharu sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri.

"Mereka juga tidak mengamalkan apa yang diperjuangkan selama ini, apatah lagi sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Negeri Terengganu dalam isu serupa," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Nmpaknye isu Merc ni kasi LimBabiEng ni gelabah berok jugak.
    Isu Audit Negara yg buat keje tu kakitangan awam..bkn org politik.. so ada lah tattertibnya..

    Org politik mcm LimBabiEng plak ingt boleh bebas ke nk pakai wang rakyat? jgn pndai ckp org lain tk betul dia lagi tk betul.. kemudia nk divert isu plak..

    DAP-made of tokong

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.