..

..

ELAUN AHLI MAJLIS MPSP NAIK RM3000 ,LAGI BANYAK GERAI MELAYU AKAN DIROBOH !!

on Friday, January 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



 Di sebalik langkah berjimat cermat yang sering dicanang dalam ceramah politik mereka selama ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat keputusan berbeza apabila menaikkan elaun Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebanyak 100 peratus.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan polemik baharu selepas kerajaan negeri baru-baru ini terpalit dengan kontroversi pembelian dua buah kereta berharga hampir setengah juta dalam tempoh hanya dua bulan bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Berkuat kuasa serta-merta, semua 24 Ahli Majlis yang mengangkat sumpah hari ini akan menikmati elaun sehingga RM3,000 iaitu jumlah maksimum berbanding RM1,500 sebelum ini.



Berdasarkan senarai pelantikan tahun ini pula, seperti diduga, DAP dan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membolot sebahagian besar kerusi Ahli Majlis MPSP.
Daripada 24 kerusi yang diperuntukkan, DAP menguasai 10 kerusi manakala PKR turut diberi tanggungjawab besar menerusi sembilan kerusi yang diberikan.

Pas yang sebelum ini pernah meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang dan mengancam untuk melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran negeri pula hanya diberikan dua kerusi melalui wakilnya iaitu Ahmad Kaswan Kassim dan Omar Hassan.

Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang turut melantik tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai Ahli Majlis yang mewakili sebanyak 12 peratus manakala Pas sebanyak lapan peratus.

Gandingan DAP dan PKR membentuk 80 peratus daripada keseluruhan kerusi yang ditawarkan.

Kesemua nama berkenaan diumumkan dalam majlis angkat sumpah di sini hari ini yang turut dihadiri Guan Eng bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Guan Eng dalam ucapannya menuntut kesemua yang dilantik menunjukkan prestasi terbaik kerana diberi elaun yang lumayan.

''Kenaikan elaun sebanyak RM3,000 secara maksimum seperti yang diumumkan seharusnya membuatkan, tidak ada alasan lagi bagi Ahli Majlis untuk tidak menunjukkan prestasi kerja seperti yang diharapkan.

"Selain itu, saya meminta supaya penilaian prestasi kerja dilakukan termasuk dari aspek menjawab panggilan telefon atau membalas panggilan tidak berjawab. Sekiranya sukar dihubungi, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan mereka," katanya.


*** Dalam terdekat ini akan ada banyak lagi gerai Melayu akan diroboh MPSP berikutan kenaikan ahli ELAUN AHLI MAJLIS  .

 Ini kerana mereka  akan membuktikan kepada Guan Eng elaun mereka setimpal dengan kerja dibayar .  GPB difahamkan sudah banyak notis sudah dikeluarkan  kepada peniaga .  


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Ahli Majlis aka KRONI TOKONG dapat kenaikan elaun 100%. Anggota 'KUCING KURAP' di sana dapat kenaikan gaji berapa persen pulak????

  2. Anonymous says:

    macai dapig mesti masyuk kannnn.. kahkahkah

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.