..

..

EDISI BONGKAR PUNCA SEBENAR ANWAR DIHALANG MASUK KE JEPUN !

on Tuesday, January 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Tokyo kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun, kata seorang pegawai Imigresen Jepun.
Menurut pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi pada Isnin.
Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.
Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.
Menerusi kenyataan pada Isnin, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    tk kisah anwar tk dibenar masuk jepun kerana pernah dipenjara.

    yg pasti awnar dipenjara mahazalim kerana fitnah.

    anwar dipenjara bukan kerana perabis duit negara beratus juta atau rasuah sana sini.

  2. Anonymous says:

    kau ni buta hati. peliwat juga disokongnya. eeeeeeeeeeee jijik lah kau ni sial

  3. Anonymous says:

    anon Jan 21 2014 443.. yeah ke? dia tak rebat duit? so Umno sje buat arrr? Sudah lah bro... makan taik arrrr.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.