..

..

BUKA TUDUNG : PEMUDA UMNO DESAK SJKC NAN YA MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM ! @khairykj

on Friday, January 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




“Kami beri masa 24 jam untuk ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini”.

Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen susulan kejadian guru Cina Muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor yang dipaksa membuka tudung.

Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.

“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.

Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.

“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.

Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.

“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    DIA TAK HERAN NYA DENGAN DESAK-DESAK..ORANG UMNO CAKAP JE BERAPI-RAPI TAPI HABUK PUN TAK ADA. OII...UMNO BUAT LA SESUATU YANG EFEKTIF..JANGAN CAKAP SAJA.

  2. Anonymous says:

    guru besar adalah wakil masyarakat untuk memupuk perpaduan berbilang kaum..bukannya mencetus sentimen agama dan kaum..Jenis ini harus ditendang keluar dari sekolah tersebut..jadikan kiteria nak jadi cikgu adalah memupuk semangat perpaduan.tolak tepi hal politik...ini perlu Kementerian Pelajaran titik beratkan pada semua sekolah bantuan kerajaan..Jika pihak keselamatan agak lembik dan lembab akan tercetus pergaduhan kaum..Kesabaran orang melayujangan di uji..Kami bangsa melayu tidak takut jika berulang tragedi 13 May..Cuma jika ianya berlaku tiada maaf lagi untuk kaum cina bangsat ini..

  3. Anonymous says:

    Kalau guru sekolah tu tak mau minta maaf, kalau menteri pelajaran dan timbalannya pun tak ambil tindakan, pemuda UMNO nak buat apa?...bagi la pelan tindakan yang lengkap sikit,..atau pemuda UMNO pun dok diam-diam sementara tunggu kot ada kes lain nak bagi amaran lagi...kah..kah..kah..
    Kenapa pejabat pelajaran tukarkan guru yang menjadi mangsa? KENAPA...kenapa tak ditukarkan guru besar dan dianbil tindakan pengantungan kepada si Pang Bang Ngang tu....guru besar patut di rehatkan atau dipindah sementara ke PPD sementara siasatan dijalankan. Ingat lagi bagaimana Guru Besar S.K. Sri Pristina dulu diasak?...atau melayu memang mudah lupa...dah la mudah lupa, tak bertelor pulak tu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.