..

..

BUGHAH : NGO SELAR PAS POLITIKKAN ISU & SERANG MUFTI PERAK

on Sunday, January 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibiliti Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria sebagai ulama yang mengeluarkan pandangan daripada aspek hukum agama berkenaan perhimpunan haram baru-baru ini.

Presidennya, Zamihan Mat Zain berkata, apa yang dikatakan oleh Harussani itu termasuk mengenai bughah (segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada Ulil Amri atau pemerintah) merupakan satu ijtihad berdasarkan fakta, masa, tempat, keadaan dan kesan.

“Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kepada perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kekadang ia melibatkan kata-kata, perbuatan dan iktikad.

“Manakala istilah halal darah itu perlu dirujuk kepada tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif kerana bersifat kekerasan..siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata...jadi hukumnya adalah haram,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zamihan, sekiranya pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri dan itu  yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu.

“Para peserta demonstrasi TURUN secara realitinya tak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya di tempat strategik yang berjaya ditemui polis. Kebarangkalian penggunaan senjata seperti itu bila-bila masa boleh berlaku,” katanya.


Lagi pun, katanya,  pendapat peribadi Muffti Perak dibuat selepas perhimpunan dan ia bermaksud ada kronologi bahaya yang dibawa oleh puak pelampau di sebalik tabir rancangan mereka.

“Pengklasifikasian bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dgan bukti intelegen namun penemuan beberapa senjata dan insiden kecederaan yg berlaku memperlihatkan demontrans aman bertukar keras.

“Oleh itu, sesuatu pendapat yang keras biasanya melihat kepada situasi yang tegang dan bahaya. Dalam kes ini, ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat dan keselamatan negara.


Umat Islam, katanya, perlu bersangka baik dengan Harussani sebagai ulama dan mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Apa yang beliau sampaikan hanya satu nasihat agama untuk panduan umat islam.

“Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahhabi, Syiah, liberal dan perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati.

“Atau hati-hati kita kita telah lama bergelap dengan hijab kepartian? Lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yg sempit,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014 yang lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

“Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak,” katanya ketika ditemui media sempena lawatan Pemuda Pas Perak, ke jabatan berkenaan pada Jumaat.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘pemberontak yang menentang kerajaan Islam dan darah mereka halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merujuk perkataan itu kepada kumpulan perhimpunan berkenaan TURUN di Dataran Merdeka 31 Disember lalu. 


2 Responses

  1. Mat bond says:

    UMAT MELAYU DAN ISLAM DAH BANYAK BERBEZA.
    DULU HIDUP SUSAH..KERAJAAN DI CARI.
    KINI DAH SENANG KERANJAAN DI BENCI.
    ITULAH MELAYU MUDAH LUPA DIRI.
    SESAMA MELAYU SLAM DIMUSUHI.
    ORANG BUKANISLAM KAFIR DI SANJUNGI.
    ITULAH MELAYU MASA KINI.
    ORANGYANG DISANJUNGI KETWA BESAR.
    BEGITU MUDAH MELAYU DIPERALAT DAN DI PERBODOH.
    PELIWAT, PEJUBU DAN PENZINA DIKAGUMI..
    ITULAH MELAYU MASAKINI.

  2. Anonymous says:

    Mana-mana makhluk perosak yang turun berdemo malam tahun baru tu yang kononnya nak menggulingkan kerajaan yang berselindung dibalik PAS, PKR dan DAP bukan setakat BUGHAH tetapi BAGHAL...mmg tak berotak kelakuan mereka..orang awam yang bawa keluarga untuk menyambut tahun baru dan melihat bunga api terpaksa balik gara-gara BAGHAL BAGHAL yang pastinya dari PEMBANGKANG..terguling ke kerjaan???!!...turun ke harga barang???!!!...berapa duit setiap ekor BAGHAL tu dapat dari PEMBANGKANG yang BANGANG tu??!!!...negeri Selangor dan Pulau Pinang naikkan gaji, cukai dan macam macam lagi tak nak pulak puak puak BAGHAL ni berdemo...nampak sangat BAGHAL BAGHAL ni dibayar..berapa ramai dari mereka tu terdiri dari penuntut IPTA dan IPTS..berapa ramai yang menyumpah seranah penuntut2 ni..apa la nak jadi kat BAGHAL BAGHAL ni..asyik dipergunakan dan diperdayakan oleh pemimpin2 hina dan keji mereka..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.