..

..

BAJET KERAJAAN DAP DEFISIT TAPI MAMPU BELI KERETA MERCEDEZ !

on Thursday, January 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.



"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.

"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).

Menurut Tunku Abdul Aziz, Guan Eng cukup licik memanipulasi emosi penduduk Pulau Pinang dan kaum Cina untuk membenci dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) namun pada yang sama mengambil kesempatan daripada kuasa yang dimilikinya untuk mengaut kemewahan.

"Saya ada lihat gambar Guan Eng keluar daripada kereta baharu itu, muka dia tersenyum lebar.

"Bagi saya, Guan Eng dan DAP tiada prinsip, kalau mereka sudah boros dan bermewah dengan kuasa hanya di peringkat negeri, saya rasa perkara lagi teruk berlaku sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Budget untuk Mami Lembu dan Jamaluddin Jamban berapa agaknya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.