..

..

ANTARA PELUKAN LAKONAN YANG HEBAT ATAU KEIKHLASAN YANG SEBENAR ? @dzainalabidin

on Monday, January 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kalau macai PR lihat gambar pelukan bapak mertua mangsa   ini , memang puji sakan la Guan Eng . 

Gambar  ini di tweet oleh beliau  ketika melawat keluarga mangsa  di rumah mereka sebelum ke  pengkebumian  anak dan cucunya malam ini . 

Hebat betul Apek Lim  ini berlakon opera . Bila selesai je  baru tunjuk muka....itu pun sekejap sahaja.

Sebenarnya semasa proses operasi & menyelamat seorang anggota Polis & anaknya ini  , UMNO Nibong Tebal diketuai Dato Zainal Abidin Osman bersama Adun Sg Acheh Datuk Mahmud Zakaria sudah awal lagi turun sama-sama membantu Polis , Bomba  &  JPAM .Selain menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa,  makanan tengahari turut diberikan kepada pasukan operasi & menyelamat.

Jadi , antara pelukan sementara   lakonan  atau keikhlasan & keprihatinan  ditunjukkan pemimpin Melayu sebangsa kita yang membantu sejak awal lagi ......











NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian, Tanjong Berembang ditemui petang dan tengahari tadi.
Mangsa, anggota polis Koperal Halim Ibrahim ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi oleh Pasukan Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.Mayat Halim ditemui terapung dan berpakaian lengkap 100 meter dari lokasi anaknya ditemui jam 12.45 tengahari tadi.

Mayat Mohd Halif Akim Halim setahun sepuluh bulan ditemui terapung kira-kira 400 meter dari tempat beliau terjatuh dari bot milik bapanya, Koperal Halim Ibrahim petang semalam.

Kedua-dua jenazah di hantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.Jenazah  akan dikebumikan di tanah perkuburan islam tanjong berembang ,nibong tebal malam ini.

Dalam kejadian jam 6petang semalam, Koperal Halim, 52 tahun bersama isterinya, Koperal Waridah Muaing, 33 tahun dan dua anak mereka Noramira 5 tahun dan Mohd Halif Akim setahun 10 bulan dikatakan menaiki bot untuk memancing.

Malangnya, anaknya terjatuh selepas bot terumbang ambing akibat arus deras.Mangsa cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai bagaimanapun gagal ekoran arus deras.

Sementara itu, ibu Halim, Siti Fatimah 72 tahun  berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu.
Fatimah berkata kali terakhir dia bertemu anak dan cucunya petang semalam sebelum mereka sekeluarga keluar ke sungai.

Terdahulu Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang hadir ke lokasi kejadian berkata, Halim terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya namun kedua mereka tidak timbul.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam kawasan perimeter seluas lima kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Seramai 95 anggota penyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, polis, bomba sukarela dan orang kampung terlibat dalam operasi menyelamat.Isteri mangsa yang berada dilokasi enggan ditemuramah media.


One Response

  1. Anonymous says:

    Nampak sangat manusia yang memeluk LGE ni tak menginsafi diri. Ujian Allah...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.