..

..

AMK PKR CAKAP BAKAR BENDERA JEPUN PERKARA KECIL , JANGAN BABITKAN ANWAR

on Friday, January 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Susulan insiden pijak dan bakar bendera Jepun yang dilakukan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang baru-baru ini di keduataan negara itu, Ketua  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menyatakan perkara itu tidak perlu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, insiden itu berlaku bukan dirancang dan ia hanya insiden kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

Beliau juga berkata, apa yang AMK inginkan pada bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Jepun mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Anwar secara jelas.

“Itu kita tak ada plan untuk lakukan seperti itu, itu hanya insiden kecil.

“Bendera yang dibakar kita telah padamkan apinya dan memohon maaf kepada pengawal di situ, sesiapa yang ada pada hari itu tahu keadaan sebenar.


“Sepatutnya insiden itu tidak perlu libatkan Anwar, bukan dia yang bersalah, itu hanya insiden kecil dan tak perlu dipanjangkan.
“Apa yang penting dalam bantahan kita hari itu adalah untuk menuntut penjelasan daripada Jepun dan kebebasan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, mengikut laporan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengandaikan Timbalan Menteri Luar yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Menteri itu mungkin tak tahu keadaan sebenar pada hari kejadian,” katanya. – SINAR HARIAN 


One Response

  1. Anonymous says:

    Insiden kecil kepala otak hang si ketot.!! Siapalah pemimpin PKR yg pilih dia ni utk bertanding pada PRU13 yg lalu....sama-sama otak kat kepala lutut.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.