..

..

AGENDA PENDERHAKAAN TERHADAP TITAH YDP AGONG DIMULAKAN PEGUAM BUKAN ISLAM !!

on Monday, January 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah baru sahaja bertitah kalimah Allah perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

Perkara itu dinyatakan baginda melalui titah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 yang dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

"Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati," titah baginda.

Sebagai Ketua Negara titah oleh Yang di-Pertuan Agong haruslah di terima dan di hormati oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Ini merupakan perkara paling utama untuk setiap rakyat fahami kerana ianya telah di persetujui oleh semua wakil bangsa di Malaysia semenjak proses mencapai kemerdekaan negara lagi.

Sejak itu ianya sama sekali tidak pernah di usik apatah lagi di ganggu gugat sehinggalah akhir-akhir ini apabila orang bukan Islam bukan sahaja menuntut penggunaan kalimah Allah tetapi juga mula bersikap melampau untuk tidak menerima sama sekali mana-mana arahan sama ada dari pemerintah negeri mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan.- UTARA NEWS




Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.

“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain.
Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.
Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.
“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.
“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.
“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.
“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.
Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman. TMI 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.