..

..

ADUN BN TELUK BAHANG DEDAH CERITA SEBENAR INSIDEN ROBOH GERAI MELAYU @dzainalabidin

on Saturday, January 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kontroversi insiden perobohan gerai penjaja Melayu di Teluk Bahang telah diputar belitkan kerajaan DAP hingga menuduh kakitangan awam dipukul samseng UMNO & Perkasa.

Kelmarin   Adun BN  Teluk Bahang , Datuk Shah Headan Ayob Shah Hussain Shah  memberi penjelasan yang sebenar mengenai insiden berkenaan yang jelas diputarbelitkan pembangkang  dalam satu sidang media khas.

Turut hadir  Hisham Abd Hamid  , Ketua Pemuda UMNO Bahagian , Mohd Redza  Zainal Abidin  - Pengerusi Persatuan Perniaga Kecil Teluk Bahang , Naib Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Jasmin bin Noordin


Kenyataan Sidang Media


A) tujuan sidang media dibuat pada hari ini adalah untuk memberi maklum balas kepada kerajaan negeri  berhubung isu perobohan gerai  kecil di teluk bahang.

B) menyatakan beliau telah berhubung dengan pihak pejabat daerah dan tanah daerah barat daya dan mendapati bahawa sebelum insiden berlaku tidak ada sebarang mesyuarat / perbincangan bersama peniaga yang terlibat.

C) menyelar kerajaan negeri yang bersikap menunding jari dengan menuduh pihak polis tidak menjaga keselamatan di kawasan tersebut sehingga mencetuskan ketegangan sedangkan mereka telah dimaklum terlebih awal supaya tidak meneruskan perobohan pada hari tersebut.

D) menyatakan kerajaan BN langsung tidak berkompromi untuk menghalang penjawat awam untuk melakukan peobohan.

E) menyatakan pada hakikatnya, ABU HASSAN bin OMAR - Penolong Pengarah Pejabat Daerah Barat Daya langsung tidak mengalami apax kecederaan pada hari insiden tersebut namun terdapat pihak yang sengaja memutarkan belitkan isu.

F) Menyatakan apa yang menjadi persoalannya adalah mengapakah pihak yang terlibat langsung tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu diantara penjaja premis tersebut sebelum perobohan diibuat.

G) menyelar pimpinan Pakatan Rakyat yang menuduh Kerajaan BN bersikap perkauman sedangkan kerajaan BN telah banyak membantu bangsa lain selain melayu dan ini adalah satu tindakan jahat unyuk menghasut rakyat membenci Kerajaan BN.

H) berpendapat bahawa kerajaan negeri harus membuat satu kajian dan perancangan untuk membangunkan ekonomi takyat di negari ini dan bukanlah cara menindas rakyat.

I) menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan tapak khas untuk peniaga-peniaga  sebelum bertindak merobohkan sesuatu premis perniagaan.

J) menyatakan negeri pulau pinang mempunyai banyak tanah dan menyarakan agar kerajaan negeri menjual sedikit tanah yang ada di negeri ini dan hasilnya itu diberikan untuk membantu rakyat.


One Response

  1. Anonymous says:

    dah pukul org tu mintak maaf je lah...abis cerita

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.