..

..
Archive for November 2013

default

Luahan Ustaz Kazim Elias dimaki macai PR selepas dilantik MT Umno

on Saturday, November 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Belum apa-apa lagi macai2 PR dah maki dan kutuk Ustaz Kazim Elias yang baru semalam dilantik MT Umno.

Tak mustahil ini semua kerja RBA yang cukup tak senang bila ulama seperti Ustaz Kazim Elias dilantik dalam dewan tertinggi Umno.

Mereka takut ramai umat Islam akan menyokong Umno kerana kini terbuka menerima ulama dalam parti

default

LAGI KAMPUNG MELAYU BAKAL LENYAP DI P.PINANG , MANA PI KERAJAAN DAP ?? @dzainalabidin

on Friday, November 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




- Kira-kira 90 keluarga di Kampung Mutiara, di sini, berada dalam dilema kerana diarah keluar sebelum 5 Disember 2013.

Ia berikutan tanah yang diduduki sejak 1970 itu akan dijual tidak lama lagi.

Penduduk, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu.

Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah dalam masa terdekat sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang saya duduk sekarang akan diambil orang lain.
“Kalau boleh, kami mahu tinggal di kampung kami sendiri, tak mahu kampung orang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, sebaiknya dia mahu pemaju menyediakan rumah ganti di kawasan sama.

Menurutnya, di sekeliling Batu Ferringhi telah dibina dengan rumah yang bernilai hampir RM1.5 juta dan sudah tentunya tidak mampu dibeli penduduk.

Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak kisah apa saja jenis rumah yang akan digantikan sama ada rumah kampung atau pangsa.

“Kami memang tidak sanggup tinggal di luar kerana semua rumah mahal-mahal, kami sudah berasa seronok di sini dan tidak mahu hidup dalam kesempitan.

“Sejak 2007 saya tidak lena tidur memikirkan perkara ini dan sekarang ia seperti menjadi realiti yang pahit untuk kami,” katanya.

Sementara itu, bagi keluarga Anjalai Devi, dia sudah selesa duduk dalam komuniti yang majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu itu.

“Kalau boleh saya mahu kerajaan bantu kami, janganlah pindahkan kami semua kerana saya memang benar-benar susah hati dengan dua lagi anak saya,” katanya.




Kampung Batu Ferringhi dibimbangi terancam

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata, hampir 500 rumah terlibat dan mereka kini dalam situasi membimbangkan.

Menurutnya, penduduk tidak menolak pembangunan di kawasan berkenaan, namun bimbang sekiranya mereka dipaksa keluar dari kampung yang telah didiami lebih dari 40 tahun itu.

“Pihak JKKK sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju, namun apa yang kami mahukan ialah hak yang sewajarnya.

“Hanya ada dua cara yang wajar untuk menyelesaikan masalah ini iaitu membina rumah ganti rumah kepada penduduk di kawasan yang sama dan pemilik tanah sepatutnya membuat rujukan dengan penduduk terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media di Kampung Mutiara itu memaklumkan Batu Ferringhi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu mempunyai kira-kira empat kampung.

Ia termasuk Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara.

Namun hanya Kampung Mutiara menjadi kampung yang pertama terlibat dengan pembangunan sejak sekian lama.

Jamaludin berkata, asalnya penduduk kampung berkenaan tinggal di tepi pantai, namun dipindahkan sejak tahun 1973 ke kawasan perkampungan sekarang kerana pembinaan hotel.

Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan pihaknya untuk membantu penduduk kampung namun masih menemui jalan buntu.


Pas desak kerajaan negeri ambil perhatian

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini.

Menurutnya, campur tangan tersebut diperlukan bagi membolehkan penduduk kampung mendapat hak yang sewajarnya.

“Kita bukan membantah tapi mahukan penduduk mendapat pampasan yang sewajarnya, jika ada rumah ganti rumah perlu mempunyai keluasan dari 500 hingga 600 kaki persegi.

“Seperti di Kampung Batu Uban, penduduk mendapat rumah berkeluasan 750 kaki persegi,” katanya.

Dalam masa yang sama peguam akan turut dilantik bagi membantu penduduk kampung.

“Dokumen lama akan dikumpulkan dan kami berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi penduduk akan berpindah,” katanya.

default

NGO MELAYU ISLAM P.PINANG BALUN KEBIADAPAN KUCING KURAP JEFF OOI @dzainalabidin @DrNovandri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








Hari ini selepas solat Jumaat , GABUNGAN NGO MELAYU ISLAM P.Pinang mengadakan demontrasi aman membantah kebiadapan Jeff Oii dan Tony Pua di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Lebuh Acheh, P/Pinang,

Jurucakap  Persatuan Anak Muda Melayu P.Pinang Wan Shariwan bin Wan Salim menyatakan  pada 29 Sep 2013  Tony Pua  telah mengatakan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO. Beliau  mendesak agar Tony Pua bersama guruxnya seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang segera memohon maaf kepada kakitangan awam dan umat Islam kerana hampir 95% kakitangan awam adalah umat Islam.

Selain itu , beliau juga anak-anak   muda Melayu Negeri P.Pinang  tidak akan berdiam diri dan mengingatkan pemimpinx DAP jangan main-main  dengan bangsa Melayu serta menyentuh kesensitiviti agama Islam




Manakala  Pengerusi  Persatuan Anak Muda Melayu  P.Pinang Jahangir bin Abd Shukur pulak  meminta dan menyarankan agar setiap org Melayu di P/Pg utk menghantar 2 ekor binatang, iaitu kucing kurap dan anjing kurap ke rumah Jeff Ooi & Tony Pua.

Beliau juga berkata  sebagai rakyat Malaysia dan juga umat Islam yg suci yg cintakan kesejahteraan dan keamanan negara tidak pernah menghina manax kaum mahupun menjatuhkan maruah seseorang.

Mereka juga membawa kain rentang bantahan yang tertera

 -DAP parti rasis, anti Islam dan benci Melayu
- Amaran!!! Jangan hina penjawat awam Melayu sebagai anjing
-Anjing! Kucing kurap! Apa lagi MP DAP nak kata pada penjawat awam Melayu?
-DAP - Dalang Api Perkauman
- Orang Melayu tolak DAP
- Tony Pua anggap orang Melayu & Islam sebagai 'anjing'
- Kurang Ajar! MP DAP kata kita Melayu anjing! Kucing kurap!

default

TERKINI ! USTAZ KAZIM ELIAS ANTARA 9 LANTIKAN BARU MT UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Hari ini   tokoh penceramah agama terkenal   USTAZ Kazim Elias antara 9 orang  yang dilantik sebagai ahli MT UMNO hari ini . Selain itu ,  Dr Asyaraf Wajdi Dasuki dan Bekas NC UITM TS Ibrahim Abu Shah juga turut dilantik .

Nampaknya Najib mahu buat perubahan besar sekali dalam MT UMNO dan mahu suara & pandangan  mewakili ulama turut ada dalam dewan tertinggi parti .

Minggu depan Perhimpunan Agung UMNO confirm  meriah la sebab ada Ustaz Kazim di pentas PWTC.

Tahniah Ustaz !!

9 orang lantikan  MT UMNO 

1.Ustaz Kazim Elias

2.Dr Asyraf Wajdi Dasuki

3. Tan Sri Ibrahim Abu Shah

4.Datuk Nazri Aziz

5.Datuk Hamzah Zainuddin,

6.Datuk Sharkar Shamsudin,

7.Datuk Raja Nong Chik,

8.Datuk Johari Ghani,

 9. Datuk Irmohizam,

default

Mahkamah putuskan penebat kilang Menara UMNO runtuh bukan kecuaian @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Mahkamah koroner hari ini memutuskan bahawa peniaga kecil Lim Chik Aik yang dipercayai menemui ajal selepas keretanya dihempap penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister, mati 
semata-mata nahas bukan kecuaian (misadventure).

Lim, 44, meninggal dunia selepas struktur konkrit itu terjatuh ke atas jalan berkenaan sewaktu ribut petir pada 13 Jun lalu, yang juga mengorbankan dua lagi.

Usaha kerajaan negeri dan operasi menyelamat gagal menemui mayat Lim yang dipercayai tenggelam ke dasar runtuhan tersebut dan usaha menjejakinya ditamatkan empat hari kemudian.

Ketika menyampaikan keputusannya, Koroner Khairul Anuar Abdul Halim berkata mangsa yang dikenali Chin Aik, meninggal dunia antara 6.45 dan 6.50 petang pada 13 Jun akibat nahas bukan kecuaian sebagai keputusan ekoran runtuhan struktur itu.

Khairul Anwar berkata sijil kematian Lim akan dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada keluarga mangsa.- malaysiakini - 



** Keputusan mahkamah ini bermakna penebat kilat Menara runtuh bukannya  kecuaian tapi  satu satu  kemalangan yang mungkin  berpunca daripada   bencana alam ( ribut kilat )  .


default

KENAIKAN GAJI MB SELANGOR & EXCO TAK AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu kenaikan gaji MB dan Exco Selangor terus dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk dari pembangkang sendiri .  Malah ia lebih tinggi daripada gaji dibayar di negeri PR lain iaitu P.Pinang dan Kelantan.

Di ketika rakyat Selangor dihimpit masalah infrastruktur , air   dan perumahan rakyat , pemimpin negeri lebih sibuk menjaga poket sendiri .





Kenaikan gaji Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertambahan sebanyak 87 peratus hingga 373.3 peratus dilihat tidak munasabah bagi negeri yang masih mempunyai masalah dari segi infrastruktur.

"Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai terbiar.

"Kenaikan gaji tidak salah, malah menjadi keperluan. Namun biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN, berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu 373.3 peratus.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.
Tambah Hamidzun, kerajaan negeri seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kewangan yang diperoleh daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Lihat sahaja dari segi pungutan cukai, lewat membayar cukai pintu, dikenakan denda sehingga RM200, lambat melunaskan cukai tanah, dikenakan denda RM100.

"Seolah-olah pihak kerajaan negeri mengambil kesempatan terhadap wang yang diperoleh daripada hasil tekanan yang dikenakan terhadap pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, sidang tersebut sepatutnya mengusulkan sekali kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri itu memandangkan mereka turut bekerja bersama pemimpin-pemimpin tersebut dalam mentadbir Selangor.
"Kenaikan kakitangan kerajaan negeri perlu setimpal dengan kenaikan gaji ADUN, sekurang-kurangnya 50 peratus atau 89 peratus," katanya.




Penasihat Ekonomi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar kenaikan gaji kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta Exco kerajaan negeri sebagai terlalu tinggi. Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat PKR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kadar kenaikan itu yang meningkat antara 87.5 dan 373.3 peratus.

 Menurut Anwar, Abdul Khalid sudah menjelaskan alasan mengenai kadar kenaikan itu kepadanya dan kini giliran rakyat pula mendapat penjelasan daripada beliau sendiri menerusi media. “Saya tidak merasakan kita boleh menggunakan alasan kadar kenaikan gaji di Sarawak.

Dalam parlimen walaupun ada usul kenaikan gaji sebelum ini, kita setuju sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan. “Pada saya kenaikan itu wajar tetapi apa yang berlaku, adalah terlalu tinggi dan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kita setuju (kenaikan) sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini. Beliau mengulas tindakan DUN Selangor semalam yang meluluskan kenaikan gaji kesemua ADUN berkuat kuasa tahun hadapan dengan Timbalan Speaker menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

 Selain disebabkan bebanan tugas yang dipikul wakil rakyat, antara alasan yang dikemukakan Abdul Khalid mengenai kadar kenaikan itu adalah berdasarkan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak. Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta supaya kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

 Sambil menyifatkan kadar kenaikan itu juga sebagai terlalu tinggi, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan kadar kenaikan mendadak itu berpunca daripada desakan pihaknya. “Kami langsung tidak menyebut tentang kenaikan gaji ADUN atau Exco Selangor dalam memorandum BBC Selangor yang dihantar kepada kerajaan negeri.

Apa yang kami sentuh hanya mengenai soal pembangunan, pendidikan, belia dan sebagainya. “Malah kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan BBC Selangor serta pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Dalam masa tidak sampai seminggu selepas mereka kata nak kaji kadar kenaikan ini, tiba-tiba semalam mereka dah mengumumkannya," kata beliau.

default

KUCING KURAP & TOKONG BIKIN PENIAGA MELAYU PENGSAN BILA GERAI DIROBOH

on Thursday, November 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



 – Seorang peniaga wanita Melayu pengsan apabila gerainya diroboh MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang didakwa berniaga di kaki lima tanpa lesen.
“Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap lahanat yang biadap sudah tentu senyum sahaja melihat drama ini. Penguatkuasa Melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen
“Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda,Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai telah bertindak zalim dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan kezaliman tersebut.
“Seperti video dibawah,peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa sperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng,Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam-  
SUMBER 

default

BILA MB KELANTAN JUMPA @NajibRazak TAK ADA SYARAT -SYARATNYA PUN SEPERTI PAS !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob  hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9 pagi ini.

Pertemuan yang telah dirancang hasil permintaan Ahmad itu berlangsung kira-kira sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas pertemuan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan itu.

Ahmad berkata, pertemuan itu adalah lawatan rasmi terhadap Perdana Menteri sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

"Sedikit perbincangan biasa antara negeri dan Pusat terutama dalam perkara-perkara yang boleh membantu kita kerajaan negeri. Contohnya berkait dengan infrastruktur dan hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," kata Ahmad.



Dalam temu bual pendek dengan media, Ahmad turut ditanya mengenai kerjasama antara Pas dan UMNO.

"Politik tidak ada dalam perbincangan daripada pihak kerajaan," kata Ahmad ringkas.

Laporan media sebelum ini menyebut Ahmad berhasrat bertemu dengan Najib untuk berbincang mengenai muzakarrah antara UMNO dan Pas.

Ia bagi memenuhi kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Dalam Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesediaan Pas untuk bermuzakarah dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan. - UTUSAN ONLINE




** GPB suka pendekatan  MB Kelantan baru ini ... bagai langit dan bumi dengan Pok Nik yang sombong tu yang mahu hubungan erat kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. 

Jika Ahmad kata tiada politik dalam perbincangan , pastinya isu hudud di Kelantan   juga turut dibincangkan 


Presiden PAS baru pukul canang nak muzakarah tapi MB Kelantan ini lebih ke hadapan untuk membentuk kerjasama dengan pemimpin UMNO .


default

GAJI MB & EXCO NEGERI SELANGOR LEBIH MAHAL DARIPADA PM & MENTERI KERAJAAN BN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Bila pembangkang di Parlimen bikin kecoh di Parlimen mahu usul gaji PM & Menteri dipotong berikutan pengurangan subsidi minyak ,  ramai lah macai2 sokong . Malah ada juga suara pembangkang menghentam di beberapa buah negeri ditadbir kerajaan BN yang menaikkan elaun & gaji Adun2 tapi tak setinggi seperti di negeri Pakatan iaitu Selangor .

Hari ini bila kerajaan Pakatan di Selangor umumkan kenaikan  Gaji daripada Menteri Besar , Exco & Adun amatlah tinggi .

Malah jika dibandingkan dengan pendapatan gaji Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri serta barisan Menteri , jauh berbeza sekali ..

MB Selangor  ( RM 29,250  )   manakala  PM Malaysia ( RM 22,826.65 )

Exco  ( RM 20,250 )   manakala  Menteri  ( RM 14,907.20 )


Itu pun macai-macai pembangkang di facebook dok hentam PM dan Menteri kerajaan BN makan gaji buta & bazirkan wang rakyat .

Sekarang  kita lihat siapa sebenarnya  yang bazirkan & mentekedarahkan duit rakyat ?

Baru perintah negeri masuk penggal ke 2 sudah rakus menaikkan gaji cukup tak masuk akal sekali .

 Gaji seorang EXCO negeri ternyata lebih tinggi & lumayan  daripada gaji seorang Menteri yang menjaga kementerian sebuah negara .

Patut la Azmin Ali and the geng cukup anti sangat kat Khalid sebab gaji Exco negeri pun lagi banyak daripada Menteri kerajaan Pusat.


** Suruh Anwar tanding Adun Selangor PRU14 lagi senang ..dah tau menang , lepas tu boleh jadi MB Selangor . gaji lagi banyak daripada jadi PM seperti Najib ..hahaha






default

OSTAZAH ABBY PERTAHAN KONSERT ROCK PAS SEBAB BUKAN MAKSIAT !!

on Wednesday, November 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Dulu PAS adalah yang paling lantang menentang konsert  ROCK  kerana tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia .  

Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica? 

 "Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan.



Hari ini bila mereka sendiri anjur konsert Rock menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack  , mereka mempertahankan melalui macai tegar iaitu Ostazah Abby dengan alasan ia bukan maksiat & tiada bercampur lelaki & perempuan di pentas.

Ini lah sikap double standard PAS ..bila kena batang hidung sendiri , mula lah guna fatwa2 untuk menghalalkannya .



default

MENGAPA TOKONG MEMBISU JEFF OII HINA PENJAWAT AWAM ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempersoalkan sikap membisu Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung penghinaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap penjawat awam di negeri ini.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, beliau hairan dengan pendirian Guan Eng dalam isu berkenaan yang telah mencetuskan kemarahan penjawat awam kerana mereka dihina dengan perkataan yang tidak wajar.

“Kenapa perbuatan biadab Jeff yang juga rakan karibnya dibiarkan begitu sahaja dan sehingga kini tiada tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan DAP.

“Dalam soal ini, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng berkuasa untuk mengambil tindakan. Adakah kerana yang dihina itu orang Melayu, jadi Guan Eng membisu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rahmad mengulas tindakan berdiam diri Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu berkenaan yang mencetuskan bantahan kakitangan awam terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila Jeff menggelarkan pegawai bawahan sebagai kucing kurap.
Minggu lalu, Jeff dilaporkan mendesak Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.

Desakan itu dibuat Jeff berikutan kegagalan pegawai MPPP membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong dan menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan terbabit.

Ekoran kenyataan biadabnya itu, Jeff pada Ahad lalu turut diserang oleh seorang kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman ketika melawat Pasar Awam Jelutong dan mendesak Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Mengulas lanjut, Rahmad yang juga bekas ahli DAP berkata, tindakan Jeff itu menunjukkan beliau seorang wakil rakyat yang bongkak.

Jelasnya, beliau sepatutnya bersikap rendah diri kerana kedudukan yang disandangnya kini adalah kerana mandat yang diberikan pengundi pelbagai kaum di Jelutong.

“Saya dukacita berhubung penghinaan berkenaan kerana majoriti kakitangan MPPP adalah orang Melayu. Sikapnya itu menggambarkan beliau seorang ahli Parlimen yang rakus dan berniat jahat terhadap penjawat awam," katanya.

Bagi memastikan penghinaan terhadap kakitangan awam berbangsa Melayu tidak berterusan, Rahmad berkata, pihaknya memberi tempoh selama dua hari kepada Jeff untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya.

“Sekiranya beliau masih berdegil, kami melihat keperluan untuk mengadakan perhimpunan membantah Jeff secara besar-besaran di Padang Kota kerana tahap kesabaran orang Melayu ada hadnya.

“Kami tidak akan lepaskannya begitu saja dan bagi saya, gelaran Tiger of Jelutong yang Jeff gunakan untuk merujuk diri beliau tidak sesuai dan hanya mahu membuatkan orang Melayu takut kepada beliau," katanya.

default

PKR P.Pinang pun tumpang sekaki balun Jeff Oii biadap

on Tuesday, November 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Hari ini nampaknya PKR & UMNO P.Pinang  senada membalun mulut korap Jeff Oii yang menghina penjawat awam MPPP .  Mungkin sudah hampir dengan pemilihan parti , pemimpin mereka pun nak nak cari isu seperti mana Pas hentam DAP di muktamar . 

Apa reaksi  TOKONG DAP mengenai isu ini ??

Tak mahu jawab atau lebih mudah  menyalahkan ini salah UMNO & putar belit media ??

Ini soal maruah penjawat awam yang dihina pemimpin biadap Dap 


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang hari ini tampil mempertahankan bos mereka Mansor Othman, sekali gus mengkritik anggota Parlimen Jelutomg daripada DAP Jeff Ooi kerana menggelar penjawat awam sebagai "kucing kurap".

Naib Ketua AMK negeri Dr Afif Bahardin berkata, kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tidak boleh diterima.

..... In the latest ‘kucing kurap’ spat between DAP and PKR, the Penang PKR Youth wing has come out to defend their boss, Mansor Othman. 
State PKR Youth vice-chief Dr Afif Bahardin said Jelutong MP Jeff Ooi’s rudeness in describing Penang Municipal Council (MPPP) low-ranking civil servants as ‘kucing kurap’ (small fry) is uncalled for. 
Afif said Mansor, the state PKR chief and Nibong Tebal MP, was not interfering in Ooi’s constituency but merely suggesting that he respect others, even if they are low-ranking staff. 
“To label someone ‘kucing kurap’ is simply unprofessional,” Afif told Malaysiakini.
“Don’t treat civil servants as BN leaders used to treat them as every civil servant has dignity and a noble profession,” added Afif, who is state executive councillor on health. 
On Sunday, Ooi blasted Mansor for chiding him over his ‘kucing kurap’ remark which was an apparent attack against MPPP president Patahiyah Ismail. 
Ooi was unhappy that MPPP had despatched low-ranking and ill-informed staff to handle his complaints over illegal hawkers in his constituency. 
Ooi had also raised the concerns of investors who threatened to pull out their multi-million ringgit investments due to MPPP’s delay in processing their development plans. 
Ooi had then suggested that Patahiyah quit her post if she cannot perform as well as her predecessors. 
In response, Mansor demanded that Ooi apologise over his “demeaning” remark, saying it does not reflect the spirit of Pakatan, and urging him to air his complaints internally. 
Afif said as part of the Pakatan Rakyat team, Ooi could air his grievances directly to the state exco and state government. 
As a DAP leader, who used to be chief of staff to Chief Minister Lim Guan Eng, Ooi can share his problems with his bosses, including state DAP chief Chow Kon Yeow. 
Chow is also state exco member for local government, who oversees MPPP. 
“Why is there a need to go to the media? We are after all in Pakatan and should communicate and discuss matters internally,” said Afif. 
‘Penangites want leaders who are polite and sensible’ 
“There is no use being rude or arrogant as I believe Penangites want leaders who are polite and sensible,” he added. 
“I urge Jeff Ooi to apologise to the civil servants,” he quipped. 
Ooi had stood by his remarks, refusing to apologise, saying his remark was neither derogatory nor demeaning. 
Ooi also blamed Mansor, whom he added has yet to be accountable for the loss in Balik Pulau in the May 5 election as the parliamentary seat was captured by BN’s Dr Hilmy Yahya. 
Afif said there is no guarantee that even if a DAP candidate is placed in Balik Pulau, the seat could be retained. 
“We must remember, in Balik Pulau, money politics and election irregularities were rampant, just ask our candidate (Muhammad Baktiar Wan Chik) there,” said Afif. 
“To move forward is to look see how Pakatan could work together to reform the election process, and make it free and fair,” he added. 
“Instead of being arrogant, Pakatan leaders should continue to push hard and demand electoral reforms,” he stressed.

... The Star pula melaporkan pemimpin UMNO tidak melepaskan peluang untuk membelasah pemimpin DAP yang memang terkenal dengan cakap ikut suka dia saja ni...


..... GEORGE TOWN: Penang Umno has demanded that Jelutong MP Jeff Ooi issue an open apology and retract his statement on calling low ranking Penang Municipal Council officers kucing kurap (people of no significance). 
Its liaison committee chairman Datuk Zainal Abidin Osman said Penang Chief Minister Lim Guan Eng should also take action against Ooi. 
"If not, Lim is reflected that he is of the same view as Ooi," Zainal Abidin, who is also JKP Sdn Bhd chairman said after the Corporate Integrity Pledge signing ceremony at Eastin Hotel Penang on Monday. 
He added that the then Barisan Nasional administration had enjoyed good cooperation with civil servants and had never utter rude and vulgar words towards them. 
Zainal Abidin also chided Ooi for being disrespectful and unethical for the latter's remark.
"I took his statement as an insult and humiliation to all MPPP staff as well as government servants," he said.

default

KUCING KURAP : JEFF OII DIBOIKOT JIKA TAK MOHON MAAF KAKITANGAN MPPP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhasrat 'memboikot' semua lawatan rasmi Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi ke tempat-tempat awam selagi wakil rakyat DAP itu enggan memohon maaf berhubung isu penggunaan perkataan 'kucing kurap' terhadap penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) Cawangan Pulau Pinang, Saleem Sulaiman berkata, keputusan tersebut akan dimuktamadkan dalam mesyuarat khas pihaknya pada Rabu ini.
Menurutnya, Anulae amat kesal dengan kenyataan Jeff itu yang dianggap penghinaan terhadap penjawat awam.

"Kami buat keputusan tidak mahu menyertai mana-mana lawatan yang dibuat Jeff ke tempat-tempat awam selagi dia tidak minta maaf kepada kakitangan awam di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang kakitangan awam MPPP 'menyerang' Jeff di Pasar Awam Jelutong kerana tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.

Kakitangan terbabit, Mohd. Rofi Osman, 58, mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Saleem memberitahu, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, kenyataan Jeff itu telah melemahkan semangat hampir semua kakitangan MPPP.

"Mereka kini sedia untuk bertindak selepas kenyataan Jeff yang dianggap menghina mereka.

"Apatah lagi ketika bertugas di tempat awam, ada yang menyindir mereka dengan bunyi kucing," ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebagai kakitangan awam, mereka patuh dengan arahan yang diberikan oleh ketua masing-masing.

"Kadang kala ketua jabatan sibuk dengan tugas dan tidak dapat mengikuti lawatan ke tempat-tempat awam dan terpaksa menghantar pegawai sebagai wakil.
"Pegawai-pegawai ini kemudiannya balik ke pejabat dan membuat laporan lalu menyerahkannya kepada ketua masing-masing," jelasnya.

Sehubungan itu katanya, menghantar pegawai pangkat rendah sebagai wakil ketua jabatan bukannya perkara baharu dalam kalangan penjawat awam.


default

GELAR KUCING KURAP PENJAWAT AWAM BUKTI SIKAP BIADAP MELAMPAU DAP @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menyamakan penjawat awam dengan kucing kurap adalah sangat melampau malah ini bukan kali pertama pemimpin DAP menghina penjawat awam.
Tegas beliau, Jeff Ooi perlu memohon maaf di atas keceluparannya itu kerana ianya berbentuk satu penghinaan yang keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekaligus menonjolkan sikap sebenar ahli parlimen tersebut yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain.
“Penghinaan ini mengguris hati penjawat awam khususnya kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Mungkin pihak yang dia (Jeff Ooi) gelar kucing kurap ini lah yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke -13 sehingga DAP mampu untuk terus kekal di Pulau Pinang.
“Jangan disebabkan dia memegang jawatan Ahli Parlimen dia rasakan boleh berbuat sesuka hati. Jeff Ooi perlu sedar bahawa apa yang Pulau Pinang ada pada hari ini adalah kerana jasa MPPP sebagai penyumbang utamanya.
“Sejarah telah membuktikan bahawa MPPP dan MPSP pernah diiktiraf sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik di Malaysia sejak zaman BN memerintah di negeri ini lagi.
“Jadi, siapa Jeff Ooi yang mahu menggesa Yang Dipertua MPPP untuk meletak jawatan…,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh yang demikian jelas Zainal, selain daripada Jeff Ooi harus memohon maaf Ketua Menteri Lim Guan Eng juga dicabar untuk mengkaji tindakan sewajarnya di atas kebiadapan melampau ini.
Sekiranya Guan Eng terus berdiam diri tambah beliau lagi maka ini membawa makna beliau juga turut senada dan bersetuju dengan sikap kurang ajar pemimpin DAP ini.
Sebelum ini pemimpin DAP yang lain pernah menghina penjawat awam apabila membuat dakwaan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. - MediaUMNO

default

ROCK METAL BUKTI PAS YANG DULU BUKAN LAGI PAS SEKARANG ...

on Monday, November 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal. Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

 Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda. "Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung.

 "Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan, semalam. Beliau berkata, ahli Pas jangan tutup kamus pemikiran dengan isu-isu keagamaan sahaja, tanpa melihat persekitaran masyarakat yang luas untuk didekati.

 "Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, juga sudi merasmikan persembahan itu dan main dram, walaupun tidak seperti pemain profesional. "Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ke majlis itu juga menunjukkan keterbukaan beliau pada persembahan yang berbeza dengan persembahan sebelum ini yang secara tidak langsung mungkin menjadi penyebab Selangor masih kekal menang di Selangor," katanya.

 Beliau berkata, asalkan sesuatu persembahan tidak lari dari prinsip parti maka, ia pasti akan memberi kebaikan kepada perjuangan Pas. "Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," katanya.

default

@NajibRazak tibai Anwar U- TURN menipu tuduh kerajaan seludup 40 ribu Bangla

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.
‘‘Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.



‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,’’ katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

‘‘Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara ‘candle light dinner’, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

‘‘Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

‘‘Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,’’ katanya.

default

PANAS ! JEFF OII GELAR KUCING KURAP DISERANG KAKITANGAN MPPP TAK PUAS HATI !!

on Sunday, November 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Lihat lah betapi hinanya kakitangan bawahan MPPP di mata Cina DAP .. mereka anggap macam kucing kurap saja .  Itu pun macai2 tegar PAS & PKR di negeri memuja  lagi  tokong DAP ini sampai berdoa supaya masuk Islam .

Hari ini ia terbukti sehinggakan ada kakitangan awam tak puas hari penghinaan oleh seorang pemimpin DAP terhadap mereka . 




Lawatan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun di Pasar Jelutong di sini bertukar "kecoh" apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label "kucing kurap" yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen, dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Keadaan itu mendorong orang ramai berkerumum di situ manakala beberapa petugas di situ menasihatkan Mohd Rofi agar beredar dari situ.

Ooi segara menamatkan sidang akhbar itu dan beredar sambil berkata, "wartawan boleh tanya ini superstar kita (sambil menunjuk kepada Aminah Abdullah) saya dah siap ya (sidang akhbar)," katanya.

Aminah ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia yang turut berada di lokasi kejadian.

Mohd Rofi, 58, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP berkata beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa bersalah dan memandang remeh permintaannya itu.

"Sebagai seorang wakil rakyat yang berpelajaran tinggi dia (Ooi) tak boleh cakap begitu... dia sepatutnya profesional dan sedar perbuatannya itu telah mengguris perasaan pekerja bawahan seperti saya," katanya.




Terdahulu, Ooi meninjau pasar berkenaan bersama sekumpulan pegawai MPPP untuk menyelesaikan masalah isu kebanjiran penjaja tidak berlesen di sekitar Jelutong.

Katanya seramai 79 penjaja tidak berlesen telah dikenal pasti dan kerajaan negeri bercadang menempatkan mereka di kompleks peniaga yang akan dibina secara berperingkat di Sungai Pinang dengan fasa pertama dijangka siap pada 2015.

Ketika ditanya mengenai kenyataan "kucing kurap" itu, Ooi mengaku memberi label itu kepada kepada beberapa pegawai MPPP Sabtu lepas kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya. - Bernama





default

Kesan Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS dah beri isyarat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Anda lihat lah sendiri bila menang saja Mat Sabun  Timb Presiden Pas..terus saja budak syiah menyokongnya di twitter.

Tapi ada juga penyokong Pas yang marah dan kecewa bila jawatan No 2 Pas dimenangi Mat Sabun .




default

PENAFIAN SALLEH MAN & PERTAHAN DAP DARIPADA PARTI SENDIRI CUKUP TAK BERMARUAH !!

on Saturday, November 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




- Penafian Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berhubung wujud campur tangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini dianggap sebagai satu tamparan kepada ahli akar umbi Pas.

Sambil mempersoalkan tindakan Mohd. Salleh yang dianggap pelik dan menongkah arus, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan itu boleh diibaratkan sebagai ‘memukul’ ahli-ahli Pas dari belakang yang sebelum ini telah menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti.

“Apa sebenarnya niat Mohd. Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.

“Mengapa beliau mempertahankan DAP dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? 

Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya di sini hari ini.




Mohamed Hafiz berkata demikian sebagai mengulas penafian Mohd. Salleh bahawa wujud kemelut yang melanda Pas dengan pentadbiran kerajaan negeri malah akan mengkaji secara teknikal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan perkara berkenaan.

Selain meminta supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Pas negeri juga memohon supaya bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri selain mengancam akan menolak semua jawatan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Mengulas lanjut Mohamed Hafiz berkata, penafian tersebut menunjukkan Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir telah melanggar disiplin parti kerana membuat kenyataan mengelirukan.

“Selama ini beliau bercakap tentang disiplin tetapi saya berasa pelik kenapa sanggup menafikan pendapat dan suara akar umbi dan pendirian Pas negeri? Saya harap beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pas Pusat," katanya.

Mohamed Hafiz turut berkata, beliau menyokong pendirian Dewan Ulama Pas dalam muktamar Pas yang mahu menyemak semula konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP dan PKR dari semasa ke semasa.

“Mengambil kira perkembangan yang berlaku di negeri ini, keputusan untuk semak semula perlu. Ini kerana perjuangan Pas berasaskan Islam dan jika mereka terus bersekongkol dengan DAP dan PKR, agenda perjuangan Islam akan terbengkalai.

Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd. Nor berkata, Pas tidak akan berasa dipinggirkan seperti sekarang jika mereka tidak memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR sebelum ini.

“Kerjasama itu telah merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. Yang lebih dibimbangkan ialah kini Pas dirosakkan dari dalam.

“Kita lihat sekarang hanya berapa orang ulama berada dalam kepimpinan Pas Pusat sedangkan yang lain merupakan individu atau pemimpin yang telah diatur dan mahu meneruskan agenda pihak tertentu dari luar parti," katanya.

default

TUDIA !! DULU TUDUH SPR TAK BERSIH , SEKARANG PEMILIHAN PAS PUN KANTOI MENIPU AHLI !!

on Friday, November 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tuduh SPR tak bersih dan menipu ... rupa-rupanya pemilihan PAS pun nak menipu  juga .... hahaha..

Nak sekarang mereka sendiri mengakui kerana ada unsur penipuan di kertas undi ...





SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS membatalkan pengundian bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ekoran berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, proses pengundian bagi memilih 18 AJK PAS itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi.

"Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar...kita tangguhkan hingga esok," katanya.

default

ALAHAI..EXCO KERAJAAN DAP PUN NAK CARI PUBLISITI BALUN FAM !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tak salah mengkritik FAM yang memang BEBAL TAHAP GABAN selepas kekalahan Harimau Malaya dengan Qatar.

Kalau Exco Kerajaan DAP Dr Afif Bahardin   mengkritik di twitter atau facebook  mungkin boleh diterima tapi sampai masuk portal politik pembangkang.. nampak sangat Dr Afif seperti mencari publisiti murahan di ketika ramai anak muda marahkan FAM .

 KJ kritik FAM boleh diterima sebab dia Menteri KBS , tapi Afif mengecam FAM ??.. siapa hang ?? EXCO Pertanian ?? ..hahaha ..

 Lebih baik dia pi settle masalah banjir & longkang sumbat di DUN nya lagi baik ...





Exco muda Pulau Pinang mengecam penahanan dua penyokong bola sepak negara yang cuba masuk ke kawasan orang kenamaan di Stadium Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.

Dr Afif BahardinDr Afif Bahardin (kiri), exco termuda PKR di negeri Pakatan Rakyat berkata, FAM sepatutnya berasa malu kerana Harimau Malaya kini berada di tangga ke-160 dalam kedudukan Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya mengecam penangkapan dua penyokong pasukan bola sepak kebangsaan oleh pihak polis di Stadium Shah Alam kerana mereka tidak harus dilayan seperti penjenayah," katanya.

Selasa lalu, dua aktivis bola sepak, termasuk pentabdir laman anti-presiden FAM Alfadli Awaludin,ditahan ketika masuk ke kawasan VIP di stadium bagi menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM.

Kekecohan juga timbul setelah peminat tidak puas hati dengan kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium itu, sehingga memaksa Pasukan simpanan persekutuan (FRU) tampil menyuraikan keadaan.

Dalam kenyataannya semalam, Afif (kiri) berkata, FAM harus mendengar rayuan peminat untuk membawa perubahan menerusi penukaran pengurusan dan mengangkat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
NONE


"Sejak bila ia menjadi satu jenayah melarang penyokong setia meluahkan kekecewaan mereka terhadap persembahan pasukan kebangsaan yang tidak memuaskan? 

"Kekalahan kepada Qatar adalah perit dan persoalannya siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya.

Afif juga menyeru penyokong tegar Ultras Malaya dan peminat bola sepak untuk memakai jersi Harimau Malaya terbalik sebagai tanda protes terhadap FAM.

Ia juga, menurutnya bagi menunjukkan betapa seriusnya untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara.

default

FAKTA TENTANG SYED MOKTAR VS TUDUHAN TAMAK HALOBA ANWAR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Adakah ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokthar Al-bukhary seorang yang zalim sehingga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau kerap menghentamnya terutama di Parlimen?
Biasanya, orang kena hentam disebabkan sikapnya yang jahat, zalim atau menganiaya orang.
Namun, dilihat sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia di negara ini, jasanya amat besar.
Beliau satu-satunya Bumiputera yang menjadi majikan secara langsung kepada 110,000 pekerja di negara ini.
Ini bermakna kalau Syed Mokhtar ini ‘lingkup’ ada 110,000 keluarga yang terumbang-ambing dan hilang pekerjaan.
Beliau mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan, tapi adakah beliau mengadai kepentingan Melayu atau Bumiputera melalui syarikat-syarikat itu sehingga digambarkan seolah-olah sangat zalim oleh pembangkang?
Dalam hal ehwal kebajikan Syed Mokhtar antara dermawan yang tidak pernah lokek memulangkan semula kekayaannya kepada masyarakat melalui Yayasan Al-Bukhari.
Sebut saja jenis sumbangan, dari membayar yuran tuisyen kepada anak-anak orang miskin, buat masjid, sehinggalah membina universiti di Alor Setar.
Banyak orang lupa bagaimana beliau bermula.
Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary tulisan Premilla Mohanlall sepatutnya dijadikan rujukan yang secara jujur menggariskan bagaimana beliau yang tidak berpelajaran tinggi mula berniaga secara kecil-kecilan di Kedah.
Bukan rahsia perniagaan pertamanya jual beli lembu sebelum menubuhkan syarikat beras dengan jenama Al Bukhary hasil perkongsian dengan dua orang Cina tetapi beliau memegang saham majoriti.
Itu dulu tetapi beliau kini mempunyai kepentingan dalam konglomerat MMC, DRB-Hicom
Bagaimanapun, Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini cuba menggambarkan Syed Mokhtar sebagai seorang individu tamak, hanya kerana beliau mahu menyah-senarai syarikat beras negara, Bernas dari Bursa Saham Malaysia.
Dalam kata mudahnya, Syed Mokhtar mahu membeli semua saham Bernas dan menjadikan syarikat tersebut syarikat sendirian berhad.
Eksasais korporat ini bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia.
Taikun Tan Sri Ananda Krisnan pernah melakukannya melalui Maxis. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan ‘pembetulan’ pada syarikat sebelum menyenaraikan semula di pasaran saham.
Biasanya syarikat-syarikat yang dinyah-senaraikan akan bertambah teguh selepas senaraikan semula.
Persoalannya, kenapa Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan bising sangat berhubung cadangan tersebut?
Penyah-senaraian atau delisting oleh Bernas  ini dilaksanakan mengikut listing requirements yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Walau bagaimanapun, delisting Bernas  tidak akan memberi kesan ke atas mandat kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat khususnya golongan petani.
Ini kerana Bernas  masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.
Sejak Syed Mokhtar mengambil-alih Bernas pada 1994 sampai sekarang masih dalam pegangan orang Melayu walaupun sudah lebih 17 tahun pengambil-alihan.
Central Sugar Refinery (SCR) yang mengeluarkan gula pun masih dalam pegangan beliau.
Nampaknya, Anwar cuba mengaitkan pengambil-alihan BERNAS dan keputusan  menghapuskan subsidi gula kononnya untuk mengayakan kroni.
Secara jujurnya, langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014.
Walaupun subsidi sudah dihapuskan, peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan.
Tidak timbul soal mengayakan kroni kerana sebelum subsidi dihapuskan, ia ditanggung kerajaan dan kini rakyat membayar terus melalui pemansuhan tersebut.
Memanglah harga gula di Thailand lebih murah tetapi negara itu adalah pengeluar utama gula mentah dunia.
Negara pula hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula untuk keperluan domestik dan memerlukan kira-kira 1.3 juta tan setahun.
Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.
Kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd  (CSR) di Shah Alam dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah.
Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota.
Sesungguhnya Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV.
Berdasarkan kesimpulan di atas, adalah menghairankan kenapa kejayaan beliau dijadikan sasaran pembangkang.
Sebelum Syed Mokhtar ambil Bernas, kita maklum banyak ketirisan dalam syarikat tersebut.
Pembangkang juga bising pasal ketirisan tapi bila orang Melayu memegang kepentingan dan tak berlaku ketirisan,pelik juga memikirkan apabila kejayaan Syed Mokhtar menyakitkan hati pemimpin pembangkang.-21/11/2013 -BNBBC.MY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.