..

..
Archive for October 2013

default

APA PETANDA MAHFUZ BEAN RAMAL PAS MENANG MAJORITI 500 UNDI #PRKSgLimau

on Thursday, October 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Daripada menang 2000 undi  yang dimenangi TS Azizan pada PRU13 yang lalu , kini PAS hanya yakin menang mudah 500 undi di kubu kuat mereka .

Apakah Mahfuz semakin tak yakin dengan   pengundi di   kubu kuat PAS yang mengundi Azizan dulu akan terus mengundi Ustaz Azam ?  

Adakah faktor gambar super impose tipu calon mereka jumpa TS Azizan menyebabkan Mahfuz yakin boleh menang 500 undi ??    Ini kerana akhbar Sinar Harian yang dedahkan penipuan PAS itu laris hingga habis dijual di  seluruh  Sg Limau

Cuma nasihat GPB kepada jentera BN .. jangan confident sangat kerana kita perlu teruskan lagi  usaha menyakinkan pengundi Sg Limau supaya lebih ramai   BERANI BERHIJRAH kepada BN kali ini .


insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995.

 "Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis. 


Jelas, apa yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu mengundang rasa kurang senang dikalangan penduduk Sungai Limau. Mahfuz macam tak yakin dengan sokongan mereka.

default

PROGRAM TOK GURU PAS MASUK BENDANG JADI BAHAN LAWAK ORANG PESAWAH #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Program Tok Guru masuk bendang kelmarin bukan sahaja untuk digambarkan  untuk  gimik politik tetapi juga memalukan Presiden PAS sendiri . 

Ini kerana ia menjadi bahan lawak  kerana mereka   menabur benih padi ketika air sawah penuh dan sepatutnya air itu  ia perlu dikurangkan . 

Apakah ini satu lagi sabotaj oleh orang dalam PAS terhadap Presiden mereka ketika kempen PRK Sg Limau  ??  Satu persatu  episod lebai  malang berlaku dalam kempen PAS kali ini  .






Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

 Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah.

 Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.

 Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.

 "Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.

 "Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan.

Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

 "Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

 "Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya.

 Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

 "Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi. Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini.

 Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

 Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

default

Penyokong PAS sedia " Berani Berhijrah " selepas ketiadaan Azizan #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang penyokong setia Pas, Awang Cha,87, menyahut slogan 'Berani Berhijrah' yang dibawa Barisan Nasional(BN) apabila berjanji akan menyokong calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini.

Awang berkata, pada awalnya, dia adalah penyokong BN namun setelah belajar agama di sekolah pondok sekitar kawasan berkenaan, sokongan politiknya berubah kepada Pas.

"Saya sokong Pas kerana rasa hormat kepada guru-guru agama yang mengajar ketika itu dan sokongan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pula kerana Allahyarham adalah orang tempatan dan kawan lama saya. Ketika beliau menjadi wakil rakyat, kadang-kala saya bertemunya," katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita ketika menerima kunjungan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman yang melawat isterinya, Jah Mat Saman,83, yang sakit tua di sini semalam.

Menurut Awang, keadaan kini sudah berubah selepas ketiadaan Azizan yang merupakan tokoh dikaguminya apatah lagi selepas terdengar beberapa masalah yang melanda Pas kebelakangan ini.

"Awal tahun lepas, ada terdengar masalah yang melanda parti seperti dakwaan wujudnya krisis dalaman tetapi apabila bertemu Azizan, beliau tidak bercerita lanjut.

"Kali ini pula, ramai orang BN datang bertemu saya dan meminta supaya memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Rasanya sudah sampai masa untuk kembali kepada BN apatah lagi Azizan tiada lagi," katanya. Ditanya mengenai calon yang dipertaruhkan Pas iaitu Mohd. Azam Samat, Awang berkata, dia difahamkan Pas meletakkan orang tempatan namun tidak kenal calon berkenaan.

default

Selagi ada bulan & bintang , BN terus bela nasib nelayan #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan bernilai RM500,000 bagi tujuan baik pulih jeti nelayan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.

Muhyiddin berkata, selain bantuan baik pulih jeti, sebuah pasar juga akan dibina di kawasan itu bagi memastikan nelayan mampu memasarkan hasil laut sendiri dan mengelakkan monopoli orang tengah.

 Kata beliau, bantuan itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan nelayan di kawasan Sungai Limau malah komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu golongan nelayan adalah ikhlas.

"Usaha kerajaan untuk membantu nelayan, petani, peladang dan penternak adalah satu jihad kerajaan yang berterusan iaitu selagi ada bulan dan matahari,'' katanya ketika berucap pada majlis Sarapan 1 Malaysia di Kuala Dulang Kecil di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob. Menurut Muhyiddin, golongan yang terlibat dalam industri perikanan dan pertanian merupakan satu kumpulan istimewa pada pandangan mata kerajaan kerana industri pemakanan merupakan industri penting bagi memastikan kesinambungan negara.

"Kita akan terus berusaha untuk membela nasib masyarakat nelayan, kita bantu, tidak akan mengabaikan mereka kerana golongan itu adalah kumpulan penting," ujarnya. Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengundi di kawasan DUN Sungai Limau perlu mengundi tanpa mengikut emosi pada Isnin ini.

"UMNO dan Pas adalah Islam, kalau nak undi jangan ikut emosi, kita pilih orang yang boleh bantu kita, boleh bela nasib kita, boleh sampaikan kemahuan kita kepada kerajaan.

"Orang itu ialah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim iaitu calon BN, kalau calon Pas dia setakat boleh dengar masalah kita tetapi tidak mampu berbuat apa-apa, sebab Pas bukan kerajaan negeri dan tidak ada kuasa di peringkat Pusat," jelasnya. Sementara itu, ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Pusat Daerah Mengundi Titi Batu di sini, Muhyiddin berkata, kerajaan bersikap adil dalam memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Sebagai contoh, ketika krisis di Mesir, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM21 juta bagi tujuan membawa pulang pelajar kerana bimbangkan keadaan keselamatan pelajar di sana. "Kita bawa balik mereka semua dengan selamat tanpa bertanya terlebih dahulu kepada mereka ibu bapa mereka penyokong parti mana malah ada antara mereka bila dah selamat sampai ke negara kita bersalam dengan saya pun tidak di lapangan terbang, tapi itu tak apalah kita bagi bantuan kepada semua," katanya. Pada majlis itu juga, beliau telah mengumumkan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Jerai, geran pinjaman bernilai RM700,000 untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan RM33,900 untuk Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KARISMA). Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131031/po_04/TPM-umum-bantuan-RM500000-untuk-baik-pulih-jeti-nelayan-Sungai-Limau#ixzz2jGBhexhF © Utusan Melayu (M) Bhd

default

HOT ! ANWAR DAH PUJI GST , MACAI PENCERAMAH #PRKSgLimau DOK BOHONG APA LAGI ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

 “Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

 “Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST.

GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.



 Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan. Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.



*** Kalau anugerah Tuhan pemimpin kesayangan macai PR pun  puji  GST , apa lagi hang pa nak kata ???

  Jadi kepada penceramah2 PAS dok jaja hentam GST di Sungai Limau , baik hang pa jangan sentuh GST ..takut nanti kantoi macam gambar super impose ..hahaha





default

PAS HIPOKRIT TAHAP LONGKANG BILA SELALU TUDUH BN BELI UNDI #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pas sejak awal kempen menerusi Mahfuz Bean   sentiasa menuduh BN membeli undi dengan pemberian peruntukan dan bantuan ketika PRK Sg Limau .

Tetapi adakah PAS tidak melakukannya ?? Gambar ini boleh menjelaskan segala-galanya ..

Kalau BN bagi dituduh rasuah & beli undi tetapi mereka yang bagi itu halal ...











YAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan segala bentuk peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk membeli sokongan rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sama ada pilihan raya itu berlangsung atau tidak, kerajaan tetap mengutamakan kebajikan rakyat dan membantu di mana yang diperlukan. 
"Saya sebagai Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO tak ada duit...kerajaan yang ada. Dan kita tidak tidur, 24 jam bekerja. Bila ada orang minta tolong, kita bantu. 


"Bukan beli undi, kebetulan ini masa pilihan raya kecil kita turun, jadi mudah untuk (rakyat) dapat bantuan," katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina di Sungai Limau Dalam dekat sini. 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden GERAKAN, Dr Cheah Soon Hai dan calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 

Muhyiddin dalam pada itu menafikan masyarakat Cina disisihkan dalam Bajet 2014 yang memperuntukkan lebih RM200 bilion untuk kesejahteraan rakyat. 

"Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun...semua kumpulan sasaran kita dapat faedah. Terbukti (kerajaan) tidak sisihkan mana-mana kumpulan dalam masyarakat," jelasnya. 
Tegasnya, BN komited membantu semua golongan masyarakat agar tidak dilabel melakukan diskriminasi, dan berharap rakyat sedar akan perkara itu.

Menyentuh PRK DUN Sungai Limau, Muhyiddin berkata, pemerhatian beliau sendiri dan maklum balas MCA serta GERAKAN menunjukkan perubahan sikap masyarakat Cina di kawasan itu untuk lebih terbuka menerima BN. 

"Kali ini adalah waktu terbaik untuk mengukur perubahan masyarakat Cina," katanya. 

Terdahulu, ketika berucap di depan kira-kira 500 masyarakat Cina DUN itu, Muhyiddin berkata beliau dapat melihat golongan itu kini lebih sanggup datang ke hadapan memberi sokongan kepada BN. 

Bagaimanapun, beliau berharap masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan tidak memberi tumpuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), katanya. 

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi menambah baik tiga SJKC dan menubuhkan tabung pendidikan SJKC bagi DUN Sungai Limau. 

Peruntukan itu, katanya, termasuk RM1 juta bagi SJKC Aik Min, RM750,000 bagi SJKC Yuk Meng dan RM50,000 bagi SJKC Pei Hwa, selain RM200,000 sebagai dana permulaan bagi tabung pendidikan SJKC itu. 

Selepas majlis itu, Muhyiddin turut melawat Bilik Gerakan Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO di Taman Mahsuri dekat sini, bagi meninjau gerak kerja di hari-hari terakhir kempen sebelum hari mengundi 4 November ini. - BERNAMA 

default

PRK SUNGAI LIMAU : UMNO P.PINANG KEMPEN KE RUMAH UNTUK DEKATI PENGUNDI #PRKSgLimau @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PDM  Kabu 10  merupakan peti undi yang dimenangi PAS hanya 87 undi pada PRU13 yang lalu . UMNO P.Pinang & Bahagian Pokok Sena telah ditugaskan untuk membantu jentera BN di peti undi ini .

Daripada pemerhatian GPB  di peti  undi , setiap hari gerak kerja kempen diatur  diketuai Datuk Musa Sheikh Fadzir  dan kempen dari rumah ke rumah menjadi strategi utama untuk menang di PDM ini .

Hari ini    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  Dato Zainal Abidin Osman bersama barisan jenteranya telah   melakukan walkabout bertemu pengundi di kawasan kampung dalam PDM Kabu 10. Kebanyakkan pengundi yang dilawati adalah terdiri daripada  warga emas , ibu tunggal & golongan OKU.

Jika pendekatan ini digunakan dalam tempoh kempen berbaki 4 hari lagi , insyallah PDM ini mampu dimenangi BN pada 4hb ini








default

PAS semakin kering idea , gambar Muhkriz pulak jadi bahan kempen #PRKSgLimau

on Wednesday, October 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jarang sekali kita nak jumpa banner calon PAS berjumpa pemimpin Umno dipamerkan dalam kempen PRK mahupun PRU sebelum ini  .

Ianya hanya di PRK Sg Limau je ada..menariknya selepas gambar super impose dengan Arwah TS Azizan  kantoi , kali ini Pas guna gambar Muhkriz pulak.

Apakah Pas nak tumpang pengaruh Muhkriz selaku MB Kedah ?

Memalukan !!



default

HOT ! DALANG KAKI PENIPU ISU GAMBAR SUPER IMPOSE PAS DAH DIKENALPASTI !! #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




khabarnya kem jentera PAS kecoh hari ini. Mahfuz Omar naik minyak.
ianya berkenaan isu pertindihan gambar atau gambar superimposed yang telah didedahkan oleh SINAR HARIAN dua hari sudah. akhirnya Mahfuz Omar tahu dah siapa yang telah menyebabkan PAS malu besar kerana dibuktikan sebagai PENIPU.
Dua mahluk yang menjadi mangsa naik angin adalah FIRDAUS JAAFAR, bekas Ahli Parlimen Jerai dan salah seorang daripada penama untuk dicalonkan sebagai calon PAS di DUN Sungai Limau sebelum ini. Seorang lagi adalah ROSLIZAN ZAKARIA.
Firdaus Jaafar pada mulanya cuba menafikan penglibatannya. Malah, enggan mengaku terlibat dalam perbuatan penipuan tersebut. Namun setelah diasak, akhirnya dia terpaksa akur dan mengaku bahawa dialah dalang yang telah mengerahkan pereka grafik agar membuat gambar tipu itu. Kesemua yang hadir telah berjarya menunjukkan bukti bahawa Firdaus yang telah mengeluarkan arahan kepada pereka grafik untuk melakukan pertindihan gambar.


Sebelum itu, Firdaus Jaafar telah menuduh kelalaian dan kebodohan Roslizan yang menjadi penyebab. Namun sanggahan daripada Roslizan serta pembuktian menerusi arahan Firdaus Jaafar kepada pereka grafik terbabit selain penyaksian dan keterangan daripada pereka grafik itu telah mengantoikan Firdaus. 
Kesemua bahan-bahan tersebut telah dicetak oleh ADNAN SAAD di kilang cetak  AZLAN JAN diAlor Setar.
firdaus
Daripada laporan awal, Firdaus sebenarnya telah meninggalkan Markaz Induk namun untuk membersihkan nama kononnya, dia hadir juga dalam mesyuarat berkenaan. Firdaus menyangkakan akan ada 'bantuan' daripada rakan-rakannya yang lain bagi menyelamatkan dirinya. Namun akhirnya kesemua orang sepakat untuk menuding kesalahan kepadanya dan Firdaus terpaksa akur bahawa dia sebenarnya telah terbuang.
Lebih memalukan lagi ialah apabila Mahfuz Omar telah menghalaunya dari markas dengan penuh penghinaan. 
Manakala ahli-ahli mesyuarat yang lain turut menghinanya dan menuduh Firdaus Jaafar sengaja berbuat begitu bertujuan untuk sabotaj peluang PAS setelah dia tidak dipilih sebagai calon.
Firdaus Jaafar merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai dan terlibat sepenuhnya dalam kes Madrasah Salihiah. Dia juga merupakan orang yang mengejek-ngejek dan menghina Ahli Jawatankuasa Bertindak Madrasah Salihiah dengan menggelarkan mereka sebagai KEBULOQ DUIT setelah AJK Bertindak Madrasah Salihiah bersetuju akhirnya untuk menerima pampasan berjumlah RM1.2 juta dari Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS ketika itu. 
Dia juga merupakan pemimpin PAS yang naik turun mahkamah untuk menceraikan isteri kedua bagi membolehkan dia mengahwini isteri ketiga.
SUMBER : KEDAHAN 69 

Komen GPB
Dalang penipu dah ditemui ..jadi terbuktilah PAS sememangnya parti  RAJA EDIT GAMBAR bagi menipu pengundi .  Siapa Firdaus Jaafar ?? Bekas MP Jerai PAS  yang kalah kepada Jamil Khir di PRU13 .
 Pusing  kot mana pun puak- puak  PAS  memang kaki penipu ...untuk menang kena menipu ye.. 
Itu ye ajaran yang diajar Ostat PAS ... SIAL !!




default

TERKINI ! MAHFUZ HILANG MODAL , KELUARGA AZIZAN TERIMA PEMOHONAN MAAF TPM #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Akhirnya putar belit fitnah yang cuba dicetuskan portal pembangkang  tajaan Yahudi bagi menjahanamkan hubungan baik antara TPM TS Muhyiddin dengan keluarga arwah TS Azizan telah menemui kebenaran  . 

Hari ini keluarga arwah telah menerima pemohonan maaf TPM  dan sudah tentu ia akan memeningkan kepala Mahfuz Bean yang mahu isu bagi menghasut pengundi Sg Limau membenci BN . 


Bila pulak PAS nak mohon maaf kepada keluarga arwah berikutan gambar super impose calon jumpa Azizan bersama wartawan Sinar Harian ?? 








Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas kenyataannya yang didakwa PAS menghina bekas menteri besar Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.

Muhyiddin berkata, anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam. 


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional(BN) itu berkata, Mukhriz memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi'ie pagi ini. 



"Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan) menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya," katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.

Isnin lalu, PAS termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu.

Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau, Sabtu lalu. - BERNAMA

default

BIL ELEKTRIK : MP DAP KANTOI , TAK TAHU BEZA KOMPLEKS & RUMAH !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana.

Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri.



Beliau berkata, demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini bagi menjelaskan apa yang dipertikaikan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang).

"Sebagai anggota Parlimen dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah...jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang," kata Shahidan.  - Bernama

default

TERKINI ! PENJELASAN @AzeezPutera TENTANG FITNAH SUSU MAHFUZ BEAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mr Bean Mahfuz semakin tertekan di PRK Sg Limau .  Selepas kantoi menipu gambar super impose calon mereka jumpa TS Azizan , kali ini fitnah susu pekat expired pulak jadi bahan mereka .
 
Gambar ini dalah jenama susu pekat yang bakal diberikan pada penduduk pada program yang dianjurkan UMNO Bahagian Baling hari ini  . Nampak besar sekali lagi jenama antara susu Mahfuz Bean dengan susu yang dipamerkan ini .

Tarikh luput yang tertera pada susu pekat diatas adalah pada 03.03.2014.



KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian susu tamat tempoh merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. Ketua UMNO Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi.

"Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily,"

"Adalah amat memalukan apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap yang dicemari dengan penemuan susu pekat, didakwa telah luput tarikh. Tambah Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, menjelang pilihan raya, bermacam-macam perkara boleh terjadi, tambahan pula perkara yang tidak ada pun boleh diadakan.

Contohnya, menurutnya, gambar-gambar 'superimposed' menggunakan teknik 'Photoshop' di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya ingin membawa legasi Allahyarham.

"Selain itu, Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi didapati berbohong apabila menggunakan isu bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas.

"Saya bertemu dan bertanya sendiri kepada bapa Datuk Seri, dia (Baharom) menafikan dakwaan tersebut,'' katanya.

Sementara itu menurut Abdul Azeez, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang dilakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang suka berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci al-Quran demi kepentingan politik.

default

PEMUDA UMNO GEMPUR KAWASAN HITAM PAS #PRKSgLimau @khairykj @MuhkrizMahathir

on Tuesday, October 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang masuk hari ketujuh menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kawasan-kawasan peti undi yang dahulunya merupakan kubu kuat parti pembangkang. 

 Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang melakukan walk-about di peti undi Bukit Besar dan Matang Buluh di sini hari ini berkata, kejayaan itu merupakan satu petanda baik bagi BN untuk menguasai semula DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas sejak sekian lama. 

 "Satu isyarat yang baik, saya diberitahu dahulu nak naikkan bendera BN pun tak boleh di Bukit Besar, Matang Buluh dan Selengkoh. Sekarang ini kita tengok bendera BN berkibar di sana, begitu juga poster dan banting calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga sudah dinaikkan.

 "Malah saya diberitahu ada orang kuat Pas yang sudah bersama kita dan ada yang menjenguk ke bilik gerakan kita. Maksudnya mereka sudah bersedia untuk membuat penghijrahan. 

 "Slogan 'Berani Hijrah' yang dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir amat tepat sekali," kata Khairy dalam sidang akhbarnya. 

 Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, jika BN berjaya mengurangkan bilangan undi Pas di peti-peti undi yang menjadi kubu kuat parti itu, secara tidak langsung akan menyumbang kepada usaha merampas kembali DUN berkenaan. 

 "Mana-mana yang kita kenal pasti sebagai kawasan hitam kita sudah mula masuk. 

Nak kata kita menang di kawasan itu tidak tahu lagilah, tapi sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan. Kalau kita boleh kurangkan majoriti Pas di kubu mereka saya yakin secara keseluruhan kita boleh capai kejayaan," kata beliau. 

 Sementara itu, Khairy berkata, Pemuda BN mengambil pendekatan sederhana dalam berkempen di Sungai Limau memandangkan para penduduk di kawasan berkenaan tidak boleh menerima kempen yang melampau. 

 "Kempen kita memang rancak tetapi dari segi pendekatan kita akan bersederhana. Sebab itu kita tak ada ceramah, tak ada konvoi besar-besaran. Kita diberi nasihat oleh pemimpin masyarakat bahawa rakyat di sini tidak suka cara kempen yang begitu gah. Tetapi setiap hari kita ada program cuma dia punya pendekatan adalah sederhana," katanya. - UTUSAN ONLINE

Khairy ziarah warga emas di PDN Dulang Besar & Bukit Besar 






Program Ramah Mesra Pemuda UMNO di PDM Bukit Besar   



Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Bergerak PPUM 
yang dikelolakan Dr Novandri 





Pemeriksaan terus ke rumah warga emas dibuat Klinik Bergerak
PPUM yang turut disertai Naib Ketua Pemuda UMNO 
Khairul Azwan Harun 






default

PANAS ! PENGANUT SYIAH SOKONG CALON PAS #PRKSgLimau

on Monday, October 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta. 

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah. 

Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan ‘jemaah’ mereka. 





Ungkapan ‘YA ALI,’ ‘YA HUSIN’ dan ‘LABAIK YA ZAHRAH’ sememangnya merupakan seruan kaum Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada ‘ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH’. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan ‘YA ALI MADAD’… 

Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

Kedahan69

default

TERKINI ! PAS SALAHKAN PEREKA GRAFIK , MENGAKU IA GAMBAR TIPU ! #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



PAS Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'Photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya, Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen PAS, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata:

"Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd. Idros Mohd. Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.

Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

Katanya, Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh PAS hari ini.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Azam dan calon Barisan Nasional, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

BERNAMA

default

ZED ZAIDI BELASAH ABBY ABADI KAITKAN UMNO DENGAN MAKSIAT ARTIS !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.


"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.




Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.


Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?



Anne memberitahu Umno sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.


"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.


Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya. 

default

Panas ! Gambar sebenar yang kantoi pembohongan PAS tersebar ! #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Belum  lagi calon mereka bergelar Adun  , kempen Pas  menipu pengundi semakin diperhebatkan .

Gambar super impose calon mereka berjumpa Arwah TS Azizan bersama Ketua Pengarang Sinar Harian , Idros Ali tersebar meluas dalam kempen  Pas di Sg Limau 

Walhal bila kita rujuk gambar asli , ianya orang lain  seperti dalam gambar di atas.

Ternyata kempen Pas mahu tunjuk  bukti Azam adalah  anak didik arwah kantoi sama sekali .

 Hakikatnya  Calon mereka adalah sepupu kepada Pharolrazi iaitu salah seorang pemimpin Pas yang bermasalah dengan arwah.








PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.



Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.



AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

default

@MuhkrizMahathir rayu pengundi beri peluang BN bela rakyat #PRKSgLimau

on Sunday, October 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memberi peluang dan ruang kepada seorang calon daripada Barisan Nasional (BN) berkhidmat di situ melalui pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November ini.

Katanya, beliau memahami penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak berkhidmat untuk penduduk di Sungai Limau dan BN turut mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Beliau berkata, pemilihan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai wakil rakyat di situ membolehkan BN mengatur gerak kerja pembangunan dan membela rakyat dengan lebih mudah kerana kerajaan Pusat dan negeri adalah daripada parti sama.


"Kali ini kami ingin melihat kawasan ini maju dan atas sebab itu saya merayu, berilah peluang ini kepada BN. 


Percayalah, saya sendiri akan turun di sini untuk membantu Dr. Ahmad Sohaimi bagi meningkatkan kualiti hidup dan membela rakyat Sungai Limau.



"Itu janji yang saya akan tepati," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama waris murid dan warga pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri pimpinannya turut memberi tumpuan ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan rakyat di segenap kawasan di Kedah.

Kata beliau, ia bagi memastikan pembangunan di Kedah setanding dengan negeri-negeri lain di samping memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerakkan transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat selain yakin perubahan itu boleh bermula di DUN Sungai Limau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.