..

..
Archive for April 2013

default

HOT ! SAKIT DADA MACAI PAS TENGOK PULUHAN RIBU RAKYAT KEPALA BATAS SOKONG BN ! #TOLAKPR

on Tuesday, April 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments






Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat besar daripada rakyat untuk meneruskan perjuangan memartabatkan negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, hanya kerajaan yang ada visi dan wibawa sahaja boleh membawa negara mencapai matlamat berkenaan. 
Justeru, katanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bukan soal parti dan individu, tetapi memilih sebuah kerajaan yang ada visi dan kewibawaan untuk negara. 







"BN bukan sahaja ada visi yang wibawa untuk negara, tetapi mampu melaksanakannya sebab kita ada kemampuan, rekod prestasi dan persefahaman dalam BN, ada iltizam untuk perjuangkan nasib rakyat.

"Oleh itu, kita perlu mandat kuat dan kukuh untuk tubuh sebuah kerajaan yang kuat. Mandat kuat (besar) dan kerajaan yang kuat akan dapat memartabatkan negara dan maju," katanya.





Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Labu, Penaga di sini, petang tadi.



Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. 
Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan calon Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta tiga calon DUN iaitu, Mohd Zain Ahmad (Penaga), Shariful Azhar Othman (Bertam) dan Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal).

default

HOT ! Dr Mazlan dedahkan mengapa pengundi muda perlu undi BN di Permatang Pauh #TOLAKPR #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Calon kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail meminta pengundi muda agar membuat pilihan yang tepat sejajar dengan slogan "Harapan Baru Permatang Pauh" pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (Ke-13) ini.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi menentukan Permatang Pauh membangun setelah 15 tahun tercicir daripada arus kemajuan sejak berada di bawah pakatan pembangkang.

"Orang muda hendaklah memilih calon BN jika mahu melihat perubahan di Permatang Pauh, jika tidak mereka masih ditakuk lama," katanya ketika di temui di Bilik Gerakan BN Seberang Jaya di sini hari ini.



Yang turut hadir, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah.

Mazlan berkata, setiap orang muda menjadi penentu bagi memastikan Permatang Pauh berubah wajah di bawah BN.

Sementara itu, Mohammad Nasir berkata, BN akan membangunkan bandar Seberang Jaya sebagai bandar dalam taman jika dipilih sebagai wakil rakyat di sini.

Menurut beliau, antara yang akan dimajukan ialah mengindahkan bandar, kawasan industri, membina pusat belia dan sukan serta mewujudkan bit polis di beberapa kawasan strategik di bandar ini.

"Selain pemasangan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan taman dan pasar untuk memantau kejadian jenayah," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

default

HOT ! ANWAR TAHU NAK KALAH, TUDUH BN BELI UNDI BERBILION RINGGIT #TOLAKPR #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seperti tahu Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya  , Anwar Ibrahim dalam ceramahnya semalam di Sekolah  Han Chiang mula menyebarkan fitnah bahawa BN akan membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli undi untuk menang dalam PRU13 .

" Oleh itu saya minta saudara saudari semua berwaspada dengan taktik ini . UMNO dan BN tahu mereka akan kalah dan sebab itulah terdesak melakukan perkara ini ".


Cukup-cukup la Bang Non woi menipu rakyat ...sudah lah orang kanan hang sendiri dalam parti seperti Chegubard pun hang kencing , ingat rakyat bodoh ka kali ini ditipu hang ...


Video kekecewaan Chegubard dikencing Anwar



default

HOT ! VIDEO ANWAR DIHALAU KARIAH DI MASJID TELUK BAHANG ! #TOLAKPR @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu politiknya, Penasihat DAP Lim Kit Siang menerima nasib sama selepas 'tidak diterima' penduduk setempat ketika berkempen di Pulau Pinang dan Johor semalam.

Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu.
Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.


Dalam kejadian yang menimpa Anwar kira-kira pukul 7.40 malam pula, kehadiran beliau dari awal lagi tidak mendapat keizinan ahli jawatankuasa masjid berkenaan selain dibantah penduduk.

Walau bagaimanapun, selepas tindakan Anwar itu ditegur, pengawal peribadinya bertindak seperti samseng dengan memarahi penduduk dan memasuki masjid tanpa membuka kasut.

Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima panggilan daripada Setiausaha Kariah Masjid berkenaan, Adzhar Ahmad yang meminta bantuannya menasihati Anwar supaya beredar dari masjid tersebut.

"Saya bertemu Anwar dan bercakap secara baik dengan beliau tetapi tidak diendahkan. Itu yang menyebabkan penduduk berang.

"Dalam saya cuba menasihati Anwar supaya beredar kerana risau perkara tidak diingin berlaku, saya terdengar kekecohan di luar masjid dan mendapati pengawal peribadi Anwar dengan tidak beradab bergaduh dengan penduduk," katanya.



default

HOT ! VIDEO CHEGUBARD DEDAH KEMUNAFIKAN ANWAR TERSEBAR !! #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi

.Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar.


Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?


Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.

Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.


 

default

HOT ! PAS DAH DAPAT ARAHAN ANWAR FITNAH DR MAZLAN ! #tolakPR #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Fitnah terhadap Dr Mazlan Ismail telah bermula bila Pas bekas Setiausaha PAS negeri mahu dedahkan cerita fitnah terhadap calon BN Dr Mazlan Ismail.

GPB yakin pendedahan oleh bekas parti Dr Mazlan ini adalah arahan daripada Anwar Ibrahim.  Ini kerana PAKATAN sudah mati akal untuk menyerang peribadi Dr Mazlan yang berimej bersih selain melihat sokongan bertambah terhadapnya dari rakyat Permatang Pauh .





Taktik kotor pencacai2 PAkatan di saat2 akhir ini sudah dijangka tapi GPB yakin pengundi di Prmtg Pauh tidak mudah percaya fitnah dilemparkan Pas ini kepada Dr Mazlan .









default

Hot ! Pemuda BN cedera dilanggar konvoi haram Pas di Kepala Batas ! #tolakPR

on Monday, April 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sudah lah dilanggar hingga terlantar di rumah ,  yang paling  kurang ajar lagi tak ada seekor pun pencacai Pas  datang ziarah .


Sebentar tadi calon calon BN P041 Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican melawat seorang petugas Pemuda BN yang terlibat dalam satu  insiden kemalangan membabitkan  peserta konvoi/jelajah treller berkebajikan PAS

GPB difahamkan  bapa mangsa telah membuat laporan polis trafik selain merujuk dengan  peguam.

Datuk Seri Reezal Merican yang hadir melawat mangsa kecewa dengan insiden kemalangan yang melibatkan dengan penyokong pas ini.


Beliau menyifatkan  penyokong Pas yang terlibat dalam rombongan konvoi hingga melanggar  ini tidak bertanggungjawab.


Ini berikutan hingga kini tiada wakil Pas melawat dan mangsa yang anak jati kepala batas.


Macam ini yang  perjuangan berkebajikan ala Pas ? Langgar rakyat sampai cedera  tapi langsung tidak datang menziarah .





default

HOT ! DR MAZLAN TEKAD TAMATKAN " DINASTI ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PAUH #TOLAKPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh akan menggerakkan 1,000 pemuda bermotosikal untuk melaksanakan gerak gempur bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bagi tujuan itu seramai 300 pemuda bermotosikal akan berkonvoi setiap malam untuk membantu setiap calon BN berkempen bagi lima malam terakhir.

  "Setiap seorang calon akan ditugaskan 300 konvoi bermotosikal bagi berkempen," katanya selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda UMNO di Dewan Giat Mara di Permatang Ara, dekat sini malam tadi.



  Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid; calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail; calon BN DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya; calon BN DUN Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah dan calon BN DUN Penanti, Ibrahim Ahmad. Mohd. Zaidi berkata, melalui usaha itu akan membantu jentera BN memenangi kerusi Parlimen dan tiga DUN terbabit.



Sementara itu, Dr. Mazlan berharap semua petugas bergerak untuk memastikan Permatang Pauh dapat dirampas kembali selepas tiga penggal berada di bawah 'dinasti Anwar Ibrahim'. - UTUSAN

default

HOT ! PEMUDA PAS P.PINANG DEDAH PENIPUAN CHEGUBARD KONONNYA DIPUKUL ! #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan,” katanya.

Beliau berkata, Badrul Hisham tiba bersama calon Dun Sungai Bakap, Maktar Shapie dan calon Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman serta penyokong pada jam 8.40 pagi.

“Mereka datang dan berarak ke arah belakang penyokong Pas. Saya akui, memang ada berlaku sedikit provokasi bila rombongan penyokong PKR cuba merempuh kumpulan penyokong Pas walaupun diminta bersabar. Namun tiada kejadian pukul memukul di situ,” katanya.

Norazman berkata, walaupun berlaku rempuhan, namun ia masih boleh dikawal dengan petugas keselamatan Pas mengarah penyokongnya mengambil ruang sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kumpulan penyokong PKR supaya berkumpul di sebelah kanan.

“Kita kesal dengan tuduhan berkenaan yang jelas berniat untuk menyerang dan memburukkan Pemuda Pas Pulau Pinang khususnya ketika pertembungan tiga penjuru ini. Ketika Mohd Yusni dan pasukannya kempen tidak pernah sekalipun menyerang dan memburukkan Badrul Hisham kerana menghormati semangat setia kawan PR dan mematuhi etika akhlak berkempen yang digariskan Islam dan Pas.

“Sehingga hari ini, Pemuda Pas Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan maaf dan bukti atas tuduhan berkenaan daripada Chegu Bard dan penyokongnya,” katanya.

Norazman berkata, mereka mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu menyerang peribadinya bagi mengelak isu ini menjadi senjata Barisan Nasional (BN) menyerang PR.

Terdahulu, Badrul Hisham mendakwa beliau, anak dan isterinya cuba diserang dan dipukul Pemuda Pas Pulau Pinang pada 20 April lalu di hadapan tempat penamaan calon Parlimen Nibong Tebal.Badrul Hisham mendakwa perkara itu di dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen dari pengikutnya. Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

default

PANAS! Anak Dr Mazlan dedahkan mengapa bapanya lawan Anwar Ibrahim !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments







Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!





Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.

Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. 


Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

default

Hot ! Kerana Pas boikot, ceramah Chegubard yang hadir 70 orang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kempen ceramah calon PKR Dun Sg Acheh iaitu Chegubard terus diboikot Pas apabila hanya 70 orang sahaja hadir di program ceramah umum mereka di taman ilmu.








Ia berbeza sekali dengan ceramah calon BN di Nibong Tebal yang dilihat lebih mendapat sambutan walaupun sebelum ini digegarkan dengan sabotaj bom .







default

GEMPAR ! ANWAR & BOLEH LARI MALAM , 1200 AHLI PKR KAUM INDIA KELUAR PARTI !

on Sunday, April 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Anwar dan Guan Eng menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian 5hb bila 1200 ahli PKR mengumumkan keluar parti yang diadakan  di Safira Club, Seberang Jaya,

Program anjuran  Sdr Ponnusamy  iaitu Bekas pembantu khas Anwar Ibrahim . Mereka  menyatakan sokongan penuh kepada BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak di PRU13.






Beliau yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka kecewa dengan sikap pemimpin parti itu terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak menjaga kepentingan masyarakat India di negeri ini dan di Permatang Pauh khasnya.

 Malah katanya, akan ada lagi kumpulan masyarakat India dari seluruh negeri ini akan bertindak keluar parti berkenaan atas sebab yang sama.

 Mereka meyerahkan borang pengisytiharan keluar PKR turut diserahkan kepada calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail sebagai simbolik bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

default

HOT ! DAP RASIS UGUT NAK TANGKAP TUN M JIKA MENANG PUTRAJAYA #tolakPR #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




DAP hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan walaupun 'berhutang' dengan Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Karpal Singh dalam ceramah di sini dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun ia tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam termasuk hukum hudud.

Selain itu, Karpal turut mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwanya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber dan menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Pada 2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya

default

GANAS ! 3 PDM BN DIBAKAR PENYOKONG PAKATAN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu dibakar awal pagi tadi dipercayai angkara sabotaj penyokong pakatan pembangkang.


Dua sub PDM itu ialah di Kampung Manggoi, Malau dan Kampung Gelam Pasir yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra manakala satu lagi sub PDM yang dibakar ialah di Kampung Machang yang terletak dalam DUN Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN ONLINE



default

HOT ! MACAI ANWAR CONFIRM TERBAKAR BILA TENGOK BANNER DR MAZLAN !!#tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Selain kempen bertemu seramai mungkin  pengundi yang berbaki 7 hari lagi , poster dan banner calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail juga diletakkan di sekitar Parlimen .

Antara slogan di banner Giant Killer BN ini ialah "Yang Berakhlak Islam " , " Membawa Suara Islam " Pemimpin Paling Bersih ".


Kalau kita compare imej dan akhlak Dr Mazlan , pastinya beliau 100 kali baik berbanding Anwar Ibrahim yang mana terpalit najis moral dan liwat.


Jika rakan karib Anwar seperti Dr Sidek Baba sudah mengetahui  kebenaran tentang perilaku sebenar Ketua Umum PKR ini , apakah rakyat Prmtg Pauh masih lagi mahu beri peluang kepada Anwar ?







default

HOT ! BUKTI BERGAMBAR POLITIK KEBENCIAN AJARAN ANWAR DI PERMATANG PAUH ! #TOLAKPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Semasa GPB mengikuti  calon BN Permatang Pauh   Dr Mazlan Ismail bertemu pengundi di Pasar Malam Guar Perahu, sikap beliau yang peramah bertemu rakyat di situ  jelas tidak disenangi  beberapa kerat pencacai-pencacai Anwar .

Ini kerana bilik JDM mereka terletak bersebelahan pasar malam berkenaan sambil menunggu calon DUN Penanti Dr Norlela hadir .

Bila hadir saja Dr Mazlan  ,beberapa penyokong PKR yang turut berada di situ terkejut kerana Dr Mazlan terus datang dengan rombongan bersalam-salaman dengan mereka walaupun berbeza fahaman politik .

Tetapi anda boleh lihat sendiri gambar di atas yang mana hulur tangan berjabat pun tak dipalingnya muka.  Seolah-olah tidak ikhlas untuk bersalam .

Apakah punca dan sebab berlaku sebegitu  ?? Dr Mazlan itu anak kampung Permatang Pauh  serta berbangsa Melayu &  beragama Islam . Inikah yang diajar oleh agama kita ?

Sebenarnya inilah politik kebencian didotkrinkan pembangkang& anwar di dalam setiapa ceramah-ceramah selama 4 tahun .  Dr Mazlan walaupun mungkin dikenali beberapa individu   dalam gambar ini tetapi dek kerana kebencian diajar Anwar terhadap BN & UMNO , terus hati mereka menjadi hitam dan tidak mahu langsung terima BN .



default

HOT ! DOA ANAK DR MAZLAN YANG BIKIN ANWAR DAH GOYANG #TOLAKPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Anak sulung calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muslidhuddeen Rabbani Mazlan mengharapkan bapanya, Dr Mazlan Ismail memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

 Muslidhuddeen Rabbani, 25, yang cacat penglihatan sejak dilahirkan berkata setiap hari selepas solat beliau sentiasa mendoakan kejayaan bapanya dan berharap bapanya dapat membantu golongan yang memerlukan.

 “Saya doakan walid menang dan dapat bantu orang susah.

Kalau boleh saya juga nak ikut walid berkempen dan teman walid pergi mengundi,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti bapanya berkempen di Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti, Kampung Pertama, dekat sini hari ini.

 Beliau yang menuntut di Madrasah Tahfiz Al-Kayyis di Merbau Kudung, Sungai Dua dekat sini berkata beliau juga tidak sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dan ia bertambah manis apabila bapanya turut bertanding pada pilihan raya ini.

 Muslidhuddeen Rabbani dilahirkan di Hospital Pulau Pinang juga mempunyai keistimewaan menghafaz 12 juzuk Al-Quran.

 Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya merancang untuk membina sebuah pusat kebajikan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di parlimen itu yang akan dijadikan sebagai pusat informasi untuk menyalurkan pelbagai maklumat termasuk peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

 “Saya berjanji Insya-Allah, akan bagi harapan baharu bukan hanya untuk orang biasa tetapi kepada mereka (golongan OKU) juga,” katanya. Beliau berkata kejayaan yang dikecapi beliau sehingga hari ini adalah hasil berkat doa anak istimewanya itu dan berharap doa anaknya untuk melihat beliau menang pada PRU13 ini dimakbulkan. – Bernama

 

default

HOT ! VIDEO YANG BIKIN ANWAR PANAS KALAU TENGOK DR MAZLAN DEKATI RAKYAT !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kempen calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail di Permatang Pauh terus digempur berbaki 7 hari lagi. Hari ini beliau melakukan walkabout bertemu pengundi pasar malam Guar Perahu di dalam DUN Penanti .

GPB yang mengikuti lawatan Dr Mazlan petang tadi  melihat sambutan oleh peniaga & pengundi di situ mendapat respon baik   . Mungkin disebabkan beliau adalah  anak tempatan  di DUN berkenaan memudahkan beliau mendekati mereka untuk merayu undi .









Walaupun mereka ini penyokong PKR , Dr Mazlan tetap menghulurkan salam..TAPI
korang tengpk muka dia paling kot mana ..inilah hasil politik membenci diajar
Anwar 





default

HOT ! CN AFGHANI BELASAH REGIM DAP SERING CABAR KESABARAN ORANG ISLAM #TOLAKPR

on Saturday, April 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan DAP di bawah Guan Eng harus dipersalahkan sekiranya suatu hari nanti orang Melayu bangkit untuk mempertahankan Islam sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram .

Bekas aktivis PAS , C.N Afghani @ Zainon Ismail berkatan corak pentadbiran DAP di negeri ini yang sering mencabar kesabaran umat Islam jika tidak diawasi boleh mengancam keselamatan dan  kesejahteraan rakyat pelbagai kaum .

Selain itu , kaum bukan Islam juga harus mengawasi cara pemerintahan DAP supaya perkara-perkara yang boleh mencetuskan kekacauan antara agama tidak berlaku .

" Mana -mana agama sekali pun diancam , tahap kesabaran ada batasnya . Jika tokong Buddha dan kuil Hindu dihina , penganutnya akan bangun menentang "

Begitu juga orang  Islam , jika rumah , masjid mereak diganggu ..kita akan bangkit juga suatu masa nanti "

Beliau juga melahirkan rasa kesal sikap pemimpin PAS yang seolah-olah pejam mata apabila Islam dihina . -UTUSAN -EDISI PRU 13- 


default

HOT ! PERISIKAN SINGAPURA ADA BUKTI ANWAR KAKI LIWAT - CHANDRA MUZAFFAR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




- Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.

Pada 2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said Keruak berkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.

Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.

Sepatutnya beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak.

''Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.

''Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.

Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.

''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.

''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.

default

Hot ! Ceramah Dr Sidek Baba semalam dah bikin Anwar goyang di Permatang Pauh #PRU13 #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Berdasarkan  kepada mood semasa yang ditunjukkan rakyat Permatang Pauh , kini tidak mustahil BN membuat kejutan besar pada 5 Mei  di kubu kuat Anwar Ibrahim ini .

Semalam ceramah perdana oleh bekas sahabat-sahabat karib Anwar iaitu Datuk Prof Dr Sidek Baba  dan Datuk Aidit Ghazali , Dr Hassan Ali  dianjurkan NGO JATI & Gabungan Hak Bela Insan  P.Pinang berjaya menarik kehadiran lebih 2 ribu orang .

Perubahan itu amat ketara terutama  yang mana   ramai anggota PAS dan PKR juga hadir  sama ada secara senyap atau terbuka di ceramah ini .



Dr Sidek Baba dalam ceramahnya  mendedahkan bahawa calon BN Dr Mazlan Ismail lebih berakhlak tinggi berbanding dengan Anwar Ibrahim selepas beliau bertemu dengan 28 saksi  yang mempunyai kaitan denga  Anwar bagi mengetahui akan kebenaran perilaku penasihat PKR itu .


Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.

''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.

''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.





 Dr Mazlan Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mahu pengundi di kawasan itu memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di United Kingdom selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

 Mazlan berkata, cita-cita itu pernah disuarakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu sekiranya beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 nanti. Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara. Sebelum ini, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

 "Jadi untuk merealisasikan cita-citanya (Anwar) maka pengundi-pengundi di Permatang Pauh perlu memilih BN pada pilihan raya kali ini. "Saya berjanji akan mengetuai kepimpinan bersama tiga calon BN yang lain untuk memberi harapan kepada penduduk Permatang Pauh tanpa mengira parti, bangsa dan agama,"

Sementara itu, Mazlan berkata, tindakan Anwar yang tidak tuadir ialah Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali; Timbalan Presidennya, Datuk Aidit Ghazali; dan Naib Presidennya, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba. run berkempen dan bertemu dengan pengundi di Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai tidak menghargai jasa dan sokongan pengundi yang telah memilih dan memberi mandat sebagai wakil rakyat kepada beliau.

 "Tidak boleh ke dalam tempoh 15 hari berkempen ini beliau beri perhatian kepada pengundi di Permatang Pauh kerana selama lima tahun menjadi wakil rakyat, beliau juga mengabaikan penduduk di sini.

 "Saudara saudari tanyalah sendiri kepadanya apakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Miri, adakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Perak dan Selangor," katanya. - BERNAMA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.